Ketua jurulatih negara Datuk K.Rajagobal akui pasukannya akan menghadapi laluan sukar apabila menentang Thailand dalam perlawanan timbal balik separuh akhir Piala AFF di Bangkok Khamis ini.
Skuad Harimau Malaya sekadar seri 1-1 dengan pasukan Thailand pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Nasional, Bukit Jalil semalam. Malaysia kini memerlukan kelebihan satu gol di tempat lawan untuk mara ke perlawanan akhir.
“Ini merupakan persembahan terbaik kami sepanjang kejohanan ini,” kata Rajagobal.
“Saya benar-benar merasakan bahawa kita sepatutnya menang 3-1 tetapi saya berpuas hati dengan keputusan seri 1-1. Kita tidak bermain dengan beberapa tonggak utama namun masih dapat bermain dengan baik.”
“Saya akui perlawanan (separuh akhir kedua) di Thailand bukan mudah tetapi saya percaya akan kebolehan pemain saya. Ramai yang menyatakan bahawa kita akan kalah di laman sendiri tetapi ia tidak menjadi. Apa-apa boleh berlaku di Bangkok nanti,” katanya lagi.
Kedua-dua pasukan bermain dengan agak seimbang dan terpaksa berpuas hati dengan keputusan tanpa jaringan di babak pertama perlawanan.
Malaysia kembali garang di babak kedua permainan dan ini membuahkan hasil apabila Norshahrul Idlan Talaha menjaringkan gol pembukaan buat Malaysia pada minit ke 48. Akan tetapi, Thailand berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke 78 melalui Teerasil Dangda.
Jurulatih Thailand Winfried Anton Schafer diarahkan keluar padang oleh pengadil Iran Torki Mohsen Ramezanali . Pengendali berbangsa Jerman itu tidak akan bersama pasukannya di perlawanan kedua menentang Malaysia nanti.
“Saya hanya bercakap dengan pemain saya dan tiba-tiba pengadil mengarahkan saya keluar padang. Saya tidak ingin bercakap lebih lagi,” kata Schafer.
“Kami (Thailand) tidak bermain dengan baik. Malaysia merupakan lawan yang kuat tetapi apabila mereka berjaya menjaringkan gol, kami mula bermain dengan lebih baik sehingga terhasilnya gol penyamaan.”
Haresh Deol
Sun Dec 09 2012
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Peranan Ong Kim Swee masih diperlukan
Datuk Seri Subahan Kamal menjelaskan peranan Jurulatih Harimau Muda A, Datuk Ong Kim Swee tetap diperlukan.
Rajagobal sentiasa positif walaupun dikritik
Datuk K. Rajagobal sentiasa berpandangan positif mengenai kritikan yang diterimanya sepanjang mengendalikan skuad Harimau Malaya.
Harimau Malaya naik dua anak tangga ranking FIFA
Kedudukan skuad Harimau Malaya yang dikendalikan Datuk K. Rajagobal naik dua anak tangga kepada 161 bulan ini berbanding 163 bulan lepas.
Norfarhan tekad rebut tempat utama skuad Harimau Malaya
Pemain tengah Kelantan, Norfarhan Muhammad tidak kecewa walaupun hanya menggalas tugas sebagai pemain gantian ketika bersama skuad kebangsaan pada perlawanan kelayakan Piala Asia menentang Qatar.
Skuad Harimau Malaya tempang
Keupayaan skuad bola sepak senior kebangsaan pada perlawanan pusingan kelayakan piala asia 2015 sukar diramal.
Lupakan Piala AFF, kata K.Rajagobal (Video)
Pengendali skuad senior kebangsaan Datuk K.Rajagobal meminta anak buahnya melupakan episod duka Piala AFF.
Rajagobal kecewa dengan mutu pengadilan
Namun jurulatih negara Datuk K.Rajagobal berpuas hati dengan semangat juang anak buahnya walaupun gagal mempertahankan kejuraan edisi 2012.
Piala AFF: Malaysia, Thailand seri 1-1 (Video)
Ketua jurulatih negara Datuk K.Rajagobal akui laluan sukar menanti pasukannya apabila mereka bertemu Thailand dalam separuh akhir kedua Piala AFF di Bangkok Khamis ini.
Rajagobal minta pemain fokus hadapi Thailand
Ketua jurulatih negara Datuk K.Rajagobal mahu pemain negara fokus dalam aksi separuh akhir menentang Thailand pada 9 dan 13 Dis.