KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya tiada pilihan lain selain perlu meraih tiga mata penuh menentang Indonesia pada aksi terakhir Kumpulan B bagi menjamin peluang menempah slot ke separuh akhir Piala AFF 2020 di Singapura, Ahad ini.
Ketua jurulatih Tan Cheng Hoe mengingatkan anak buahnya tugas getir bakal menanti mereka untuk merobek gawang Indonesia kerana pasukan lawan hanya memerlukan satu mata untuk layak ke peringkat seterusnya, dan dijangka bermain dengan corak bertahan seperti ditampilkan ketika terikat tanpa jaringan bertemu juara bertahan, Vietnam, malam tadi.
Cheng Hoe juga menuntut barisan pemainnya agar percaya antara satu sama lain selain mempunyai corak pemikiran positif untuk melakar kemenangan ke atas musuh tradisi itu pada aksi hidup mati di Stadium Nasional Singapura.
"Apa yang penting, kita kena turun padang dengan 'mood' serta persediaan terbaik menghadapi Indonesia kerana mereka perlu seri sahaja menentang kita," katanya pada sidang media dalam talian hari ini.
Beliau juga mahu anak buahnya segera menyesuaikan diri dengan situasi perlawanan terutamanya dari segi taktikal kerana skuad Garuda juga mampu bermain secara menyerang berdasarkan persembahan dalam dua perlawanan awal menyaksikan mereka menang 4-2 ke atas Kemboja sebelum membelasah Laos 5-1.
Walaupun Indonesia dilihat mempunyai kelebihan dari segi barisan pemain muda yang ternyata bersemangat tinggi dan mempunyai kepantasan, Cheng Hoe menggesa pemainnya agar tidak berfikiran negatif dan mahu mereka bekerja keras selain merantai pergerakan lawan terutama ketika berdepan serangan balas.
Pengendali berusia 53 tahun itu turut memaklumkan telah bertemu dengan pemain dari kelab Denmark, Midtjylland FC Dion Cools, yang baru tiba di Singapura pagi ini dan menyatakan tonggak pertahanan itu mempunyai motivasi tinggi untuk membantu Malaysia menentang Indonesia.
Mengenai status terkini Muhammad Akhyar Abdul Rashid yang disahkan positif COVID-19 baru-baru ini, Cheng Hoe menjangkakan pemain sayap itu akan menamatkan tempoh kuarantin esok dan dijadual menyertai semula latihan pada sesi tengah hari manakala seorang lagi pemain, Junior Eldstal yang disisihkan akibat kecederaan juga bakal sembuh dalam masa tiga hari.
Beliau mengesahkan kapten, Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak serta gandingannya, Shahrul Mohd Saad, yang mengemudi benteng pertahanan tengah negara tidak sempat pulih daripada kecederaan menjelang pertemuan Ahad ini dan akan menilai tahap kecederaan mereka sekiranya skuad kebangsaa berjaya layak ke separuh akhir.
Sementara itu, Cheng Hoe memberitahu mental Muhammad Safawi Rasid dalam keadaan terbaik dan tidak terganggu dengan tindakan penyokong Indonesia yang mula 'menyerang' dan 'mengecam' beliau dalam laman sosial Instagramnya menjelang aksi genting itu.
Biarpun berkongsi tujuh mata dengan Vietnam, Indonesia kekal mendahului Kumpulan B dengan kelebihan jaringan, manakala Malaysia di tempat ketiga dengan enam mata, Kemboja (3 mata) dan Laos di tangga terbawah, tanpa sebarang mata.
Perlawanan Indonesia bertemu Malaysia akan berlangsung pada 8.30 malam manakala Vietnam pula akan menentang Kemboja di Stadium Bishan, juga pada waktu yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 16 2021
Cheng Hoe mengingatkan anak buahnya tugas getir bakal menanti mereka untuk merobek gawang Indonesia kerana pasukan lawan hanya memerlukan satu mata untuk layak ke peringkat seterusnya. - Gambar fail/BERNAMA
Louis Gossett Jr meninggal dunia pada usia 87 tahun
Louis Gossett Jr., lelaki kulit hitam pertama memenangi Anugerah Akademi sebagai pelakon pembantu terbaik, meninggal dunia pada usia 87 tahun.
Anggota polis maut dalam perjalanan bertugas
Seorang anggota polis maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 6, Jalan Bahau-Kemayan tengah hari tadi.
Wanita Malaysia perlu peka terhadap golongan memerlukan - Dr Wan Azizah
Wanita di Malaysia perlu sentiasa peka dan membuat kebaikan kepada golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi pada Ramadan ini, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Reka bentuk PADU terbaik, selamat dan berkesan, bukan guna kaedah lapuk - DOSM
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menegaskan bahawa reka bentuk dan pembangunan Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) adalah yang terbaik, selamat serta berkesan.
It’s About YOUth: Fostering inclusion for autism
Millions worldwide live with Autism Spectrum Disorder, but misunderstanding and stigma persist. Autism Behavioural Centre’s Charlene Marie Samuel and Consultant Psychologist Katyana Azman discuss overcoming these challenges to promote greater inclusion.
35 laluan bas Rapid KL terlibat penyelarasan operasi bermula hari ini
Sebanyak 35 laluan atau 13 peratus daripada keseluruhan 264 laluan bas Rapid KL di Lembah Klang termasuk bas perantara Laluan Transit Aliran Massa (MRT) terlibat dalam penyelarasan operasi.
AWANI Ringkas: Kes Bunuh | Korporat | Net Zero 2050
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Beli Kondo Mewah | Komoditi | UNESCO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
AWANI 7:45 [29/03/2024] – Malaysia ada undang-undang | Sindiket seludup membabitkan Kastam | Pegawai polis lindungi kegiatan haram
Ketua Polis Negara beri amaran jangan ambil tindakan sendiri.
Rugi RM2 bilion akibat seludup.
SPRM jangka ada bos lebih senior lindungi kegiatan haram.
RM37.6 juta tampung kos tol percuma sempena Aidilfitri.
Rugi RM2 bilion akibat seludup.
SPRM jangka ada bos lebih senior lindungi kegiatan haram.
RM37.6 juta tampung kos tol percuma sempena Aidilfitri.
MFL harap tarikh Piala AFF dipertimbang semula - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menaruh harapan tinggi agar Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dapat mempertimbang semula tarikh jadual perlawanan Piala AFF.
Harimau Muda jangan ambil mudah Timor-Leste
Biarpun atas kertas Malaysia mampu menewaskan lawan itu, namun sikap mengambil mudah terhadap pesaing boleh mengundang padah kepada pasukan.
Harimau Muda optimis capai sasaran final di Thailand
Pemain pertahanan muda kebangsaan Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili menganggap sasaran layak ke final Kejohanan Bawah 23 Tahun (B-23) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2023 realistik.
Harimau Malaya bakal naik ranking 138 dunia
DUA kemenangan yang diraih Harimau Malaya ketika menentang Turkmenistan dan Hong Kong bakal menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu melonjak sehingga ranking ke-138 dunia.
Sukar Piala AFF berlangsung dalam Kalendar FIFA dalam masa terdekat - Hamidin
Antara kekangan ialah tempoh penganjuran Piala AFF terlalu panjang menyebabkan tiada ruang untuk kejohanan itu berlangsung dalam Kalendar FIFA.
'Susah nak letak Piala AFF dalam kalendar FIFA'
Katanya, setiap liga domestik di rantau Asia Tenggara perlu diselaraskan terlebih dahulu.
FIFA iktiraf Piala AFF
'PIALA Dunia' Asia Tenggara, Piala AFF berpeluang untuk 'naik pangkat' sebagai kejohanan rasmi yang disenaraikan dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Final Piala AFF: Sensasi Theerathon pastikan Thailand bergelar juara kali ketujuh
Thailand mengukuhkan status selaku pasukan terbanyak menjuarai Piala AFF dengan gelaran ketujuh selepas menewaskan Vietnam 1-0 di Stadium Thammasat, Pathum Thani sebentar tadi.
Piala AFF: Vietnam, Thailand terikat 2-2
Vietnam gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri apabila terikat 2-2 dengan juara bertahan, Thailand, pada aksi final pertama Piala AFF.
Piala AFF: Tak jangka kalah 3-0 - Mohamad Faisal
Malaysia turun beraksi di Stadium Thammasat di sini dengan misi yang jelas untuk mara ke final dan mempertahankan kelebihan kemenangan 1-0.