PATHUM THANI: Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon, mengakui menjuarai Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 menjadi sasaran pentingnya bersama skuad Harimau Malaya.
Ia diakui Pan Gon menjelang kemuncak pertembungan untuk slot final menentang juara bertahan Thailand pada perlawanan separuh akhir kedua Piala AFF 2022 di Stadium Thammasat di sini, malam ini.
Jurulatih dari Korea Selatan berusia 53 tahun yang dilantik pada Januari tahun lalu, berkata jika Malaysia mara ke final kali ini, adalah satu penghormatan baginya untuk menggembirakan peminat bola sepak negara sebelum bertarung untuk mencapai kejuaraan.
"Secara peribadi bagi saya Piala AFF adalah kejohanan yang sangat menarik, ketika saya di Hong Kong dan Korea Selatan, saya berminat untuk menyaksikan kejohanan ini. Apabila dilantik sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan, menjadi juara Piala AFF adalah antara salah satu sasaran penting.
"Jika kita ke final, ia merupakan satu penghormatan besar bagi membanggakan penyokong Malaysia," katanya pada sidang media praperlawanan di sini, pada Isnin.
Mengulas mengenai perlawanan esok, walaupun bersyukur dengan kemenangan 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu, Pan Gon berkata pemainnya perlu sentiasa fokus dan peka dengan kemampuan skuad Gajah Perang terutama ketika beraksi di gelanggang sendiri.
Bagaimanapun, katanya, skuadnya sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk perlawanan esok.
"Kami mempunyai kelebihan tetapi kami sedar sepenuhnya bahawa perlawanan di tempat lawan adalah sangat sukar, namun kami telah pulih dari segi mental dan fizikal serta bersedia untuk perlawanan esok. Semua sudah bersedia dan penuh keyakinan untuk menentang Thailand...kami mahu memperoleh keputusan yang baik," katanya.
Sementara itu, pemain tengah, Stuart Wilkin, berkata mereka tidak boleh hanya bermain secara bertahan, sebaliknya perlu mencari gol awal untuk terus memberi tekanan kepada lawan.
"Menjelang perlawanan ini, kami tahu bukan mudah bermain di tempat lawan menentang pasukan Thailand yang bagus tetapi sudah tentu kami mencari gol untuk menekan mereka, ia akan menjadi satu cabaran tetapi sesuatu yang perlu kami lakukan," kata pemain Sabah FC berusia 24 tahun itu.
Berbekalkan satu gol, skuad Harimau Malaya hanya memerlukan keputusan seri untuk mengesahkan tempat ke final Piala AFF 2022.
Sementara itu, Vietnam mara ke final Piala AFF 2022 selepas menewaskan Indonesia 2-0 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium My Dinh, Hanoi, malam tadi.
Vietnam merakam agregat 2-0 selepas aksi pertama di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, Jumaat lalu berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 09 2023
Ketua jurulatih kebangsaan Kim Pan Gon bercakap pada sidang media pra-perlawanan separuh akhir kedua AFF Mitsubishi Electric Cup 2022 di antara Malaysia dan Thailand. - Foto BERNAMA
Selepas WISE, Perak daftar lebuh raya baharu Tanjung Malim-Lumut
Selepas WISE, Perak daftar lebuhraya baharu Tanjung Malim - Lumut
Freedom Flotilla ke Gaza: Keselamatan peserta jadi keutamaan FFC
Mereka dijangka akan memulakan pelayaran dalam misi menghantar bantuan ke Gaza, Palestin pada Ahad ini.
Hina Raja Perlis, peniaga dihadap ke mahkamah
Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas kesalahan menghantar perkhidmatan komunikasi jelik mengenai Raja Perlis di laman Facebook pada Mac lalu.
Abdul Rahman lepas jawatan dalam CIMB Group, terajui semula PNB
Abdul Rahman telah berkhidmat sebagai Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB dari 2016 hingga 2019, yang mana beliau memainkan peranan penting dalam memacu transformasi strategik PNB.
Harga minyak Brent, WTI dalam trend meningkat
Harga minyak mentah Brent dan WTI didagangkan dalam trend meningkat pada Isnin susulan ketegangan yang berlaku akibat serangan Iran keatas Israel.
Abdul Rahman Ahmad dilantik Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, kembali selepas 5 tahun
Menurut PNB, pelantikan Abdul Rahman membawa bersama pengalaman kepimpinan lebih 20 tahun dalam pelbagai perkhidmatan kewangan dan sektor korporat.
Mahkamah Rayuan tetapkan 20 Ogos untuk dengar rayuan Najib gugurkan hakim
Tarikh itu ditetapkan hari ini susulan pengurusan kes di hadapan penolong kanan pendaftar Mahkamah Rayuan Nurul Azrina Mohamed Yusof.
Peniaga dituduh hina Raja Perlis di Facebook
Tertuduh, Hasbullah Mohammad, 41, dari Changlun, Kedah bagaimanapun hanya mengganguk faham dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Musyiri Peet.
Belum ada rancangan pasang alat pengesan logam
Kerajaan belum membincangkan cadangan memasang alat pengesan logam di semua pintu masuk KLIA.
Piala Thomas: Zii Jia ikuti program latihan bersama Tat Meng
Perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia akan meneruskan program latihan yang telah dirancang oleh Pengarah Kejurulatihan TeamLZJ, Wong Tat Meng.
MFL harap tarikh Piala AFF dipertimbang semula - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menaruh harapan tinggi agar Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dapat mempertimbang semula tarikh jadual perlawanan Piala AFF.
Harimau Muda jangan ambil mudah Timor-Leste
Biarpun atas kertas Malaysia mampu menewaskan lawan itu, namun sikap mengambil mudah terhadap pesaing boleh mengundang padah kepada pasukan.
Harimau Muda optimis capai sasaran final di Thailand
Pemain pertahanan muda kebangsaan Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili menganggap sasaran layak ke final Kejohanan Bawah 23 Tahun (B-23) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2023 realistik.
Harimau Malaya bakal naik ranking 138 dunia
DUA kemenangan yang diraih Harimau Malaya ketika menentang Turkmenistan dan Hong Kong bakal menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu melonjak sehingga ranking ke-138 dunia.
Sukar Piala AFF berlangsung dalam Kalendar FIFA dalam masa terdekat - Hamidin
Antara kekangan ialah tempoh penganjuran Piala AFF terlalu panjang menyebabkan tiada ruang untuk kejohanan itu berlangsung dalam Kalendar FIFA.
'Susah nak letak Piala AFF dalam kalendar FIFA'
Katanya, setiap liga domestik di rantau Asia Tenggara perlu diselaraskan terlebih dahulu.
FIFA iktiraf Piala AFF
'PIALA Dunia' Asia Tenggara, Piala AFF berpeluang untuk 'naik pangkat' sebagai kejohanan rasmi yang disenaraikan dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Final Piala AFF: Sensasi Theerathon pastikan Thailand bergelar juara kali ketujuh
Thailand mengukuhkan status selaku pasukan terbanyak menjuarai Piala AFF dengan gelaran ketujuh selepas menewaskan Vietnam 1-0 di Stadium Thammasat, Pathum Thani sebentar tadi.
Piala AFF: Vietnam, Thailand terikat 2-2
Vietnam gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri apabila terikat 2-2 dengan juara bertahan, Thailand, pada aksi final pertama Piala AFF.
Piala AFF: Tak jangka kalah 3-0 - Mohamad Faisal
Malaysia turun beraksi di Stadium Thammasat di sini dengan misi yang jelas untuk mara ke final dan mempertahankan kelebihan kemenangan 1-0.