KUALA LUMPUR: Juara dua kali, Vietnam gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri apabila terikat 2-2 dengan juara bertahan, Thailand, pada aksi final pertama Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 di Stadium Nasional My Dinh, Hanoi, hari ini.
Pemain gantian Vu Van Thanh, muncul penyelamat apabila jaringannya dua minit sebelum masa sebenar tamat berjaya mengelakkan tuan rumah daripada mengalami kekalahan ke atas pelawat.
Vietnam bermula garang apabila percubaan leret penyerang,Pham Tuan Hai pada minit ke-10 tersasar di sebelah kiri gol sebelum sepakan deras oleh penyerang lawan, Adisak Kraisorn hampir mencemaskan pintu gol tuan rumah namun diselamatkan penjaga gol, Dang Van Lam, pada minit ke-14.
Penyerang Nguyen Tien Linh kemudian menggamatkan penyokong tuan rumah apabila menerbangkan badannya sebelum melepaskan tandukan berbisa untuk gol pertama perlawanan selepas menyambut hantaran lintang dari sebelah kanan oleh pemain pertahanan, Que Ngoc Hai, pada minit ke-24.
Tersentak dengan jaringan tersebut, Thailand yang menggandakan usaha untuk menembusi gawang Golden Star Warriors nyaris menyamakan kedudukan namun sepakan percuma ketua pasukan, Theerathon Bunmathan hanya menggegar tiang kanan Vietnam, tiga minit sebelum separuh masa pertama tamat.
Tiga minit selepas babak kedua bersambung, skuad kendalian Alexandre Polking berjaya mengikat kedudukan 1-1 menerusi rembatan kaki kanan penyerang, Poramet Arjvirai, yang mendapat umpanan cantik dari tengah padang oleh Theerathon.
Theerathon sekali lagi menjadi arkitek buat 'Gajah Perang' apabila bola lorongannya dimanfaatkan tonggak tengah, Sarach Yooyen, yang berjaya melepasi perangkap offside sebelum melepaskan sepakan kaki kanan untuk menggandakan jaringan Thailand pada minit ke-63.
Pasukan bimbingan Park Hang Seo yang terdesak untuk mencari jaringan akhirnya berjaya membuatkan Stadium Nasional My Dinh kembali bernyawa apabila Van Thanh meledak rembatan padu dari luar kotak penalti, pada minit ke-88.
Bagaimanapun, Van Lam menjadi wira pasukannya apabila berjaya menafikan percubaan pemain gantian pelawat Ekanit Panya pada minit keempat masa kecederaan babak kedua, sekali gus menjadikan kedudukan kekal 2-2 sehingga wisel penamat dibunyikan pengadil.
Kedudukan berkenaan pastinya melegakan Thailand apabila bakal melayan Vietnam di Stadium Thammasat, Pathum Thani, pada aksi timbal balik Isnin ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 13 2023
Kedudukan berkenaan pastinya melegakan Thailand apabila bakal melayan Vietnam di Stadium Thammasat, Pathum Thani, pada aksi timbal balik Isnin ini. - Bernama
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
MFL harap tarikh Piala AFF dipertimbang semula - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menaruh harapan tinggi agar Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dapat mempertimbang semula tarikh jadual perlawanan Piala AFF.
Harimau Muda jangan ambil mudah Timor-Leste
Biarpun atas kertas Malaysia mampu menewaskan lawan itu, namun sikap mengambil mudah terhadap pesaing boleh mengundang padah kepada pasukan.
Harimau Muda optimis capai sasaran final di Thailand
Pemain pertahanan muda kebangsaan Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili menganggap sasaran layak ke final Kejohanan Bawah 23 Tahun (B-23) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2023 realistik.
Harimau Malaya bakal naik ranking 138 dunia
DUA kemenangan yang diraih Harimau Malaya ketika menentang Turkmenistan dan Hong Kong bakal menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu melonjak sehingga ranking ke-138 dunia.
Sukar Piala AFF berlangsung dalam Kalendar FIFA dalam masa terdekat - Hamidin
Antara kekangan ialah tempoh penganjuran Piala AFF terlalu panjang menyebabkan tiada ruang untuk kejohanan itu berlangsung dalam Kalendar FIFA.
'Susah nak letak Piala AFF dalam kalendar FIFA'
Katanya, setiap liga domestik di rantau Asia Tenggara perlu diselaraskan terlebih dahulu.
FIFA iktiraf Piala AFF
'PIALA Dunia' Asia Tenggara, Piala AFF berpeluang untuk 'naik pangkat' sebagai kejohanan rasmi yang disenaraikan dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Final Piala AFF: Sensasi Theerathon pastikan Thailand bergelar juara kali ketujuh
Thailand mengukuhkan status selaku pasukan terbanyak menjuarai Piala AFF dengan gelaran ketujuh selepas menewaskan Vietnam 1-0 di Stadium Thammasat, Pathum Thani sebentar tadi.
Piala AFF: Vietnam, Thailand terikat 2-2
Vietnam gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri apabila terikat 2-2 dengan juara bertahan, Thailand, pada aksi final pertama Piala AFF.
Piala AFF: Tak jangka kalah 3-0 - Mohamad Faisal
Malaysia turun beraksi di Stadium Thammasat di sini dengan misi yang jelas untuk mara ke final dan mempertahankan kelebihan kemenangan 1-0.