PETALING JAYA: Tugas getir menanti skuad bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan pada pusingan akhir Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan, Jun depan, apabila diundi bersama juara 2020 Korea Selatan dalam Kumpulan C.
Selain itu, skuad negara juga akan berdepan naib juara 2018 Vietnam dan Thailand yang turut dalam kumpulan sama.
Mengulas mengenai undian berkenaan, ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan Brad Maloney menyifatkan ia sebagai menarik kerana mereka menentang Vietnam dan Thailand dua kali dalam tempoh dua bulan.
Jelasnya, skuad kendalian jurulatih dari Australia itu dijangka berdepan Vietnam dan Thailand pada aksi Sukan SEA di Hanoi pada Mei, menjelang Piala Asia AFC B-23.
"Kami baharu saja melihat keputusan undian itu, ia nampak menarik kerana Korea Selatan adalah juara bertahan dan sudah pastinya saingan yang sangat mencabar," katanya pada sidang media secara maya semalam.
Justeru, beliau berkata tidak sabar untuk membuat persiapan bagi menghadapi kejohanan itu walaupun sedar bahawa tiada perlawanan mudah untuk mereka di Uzbekistan pada Jun nanti.
Malaysia menempah tiket ke pusingan akhir Piala Asia B-23 selepas muncul juara kumpulan J dengan kemenangan 1-0 ke atas Laos dan Mongolia sebelum menamatkan pusingan kelayakan dengan keputusan seri tanpa jaringan menentang Thailand.
Kejohanan yang berlangsung 1 hingga 19 Jun menyaksikan Uzbekistan akan berdepan Iran, Qatar dan Turkmenistan dalam kumpulan A.
Australia pula diundi dalam kumpulan B bersama Jordan, Iraq dan Kuwait manakala Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jepun dan Tajikistan dalam kumpulan D.
Sementara itu, Maloney menyambut baik keputusan dibuat Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) yang memutuskan bahawa skuad Harimau Muda bakal berdepan Laos sebanyak dua kali dalam aksi kumpulan B Kejuaraan B-23 Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) di Kemboja.
Beliau turut mengesahkan Fahmi Daniel Zaaim dan Shafi Azswad Sapari yang disahkan positif COVID-19 sebaik tiba, akan dilepaskan semalam namun masih belum memutuskan sama ada menurunkan kedua-dua pemain itu pada perlawanan pembukaan kumpulan B menentang Laos di Stadium Prince, hari ini.
Skuad negara dijadualkan bertemu Laos dalam perlawanan kedua pada Isnin (21 Feb) di Stadium Nasional Morodok Techno.
Penjadualan semula perlawanan berlaku berikutan saingan dalam kumpulan B hanya membabitkan Malaysia dan Laos selepas Myanmar dan Indonesia menarik diri daripada kejohanan susulan penularan COVID-19 dalam pasukan.
Hanya pemenang tiga kumpulan dan satu naib juara terbaik akan mara ke separuh akhir pada 24 Feb manakala perlawanan akhir dijadualkan pada 26 Feb.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 17 2022
Maloney berkata beliau tidak sabar untuk membuat persiapan bagi menghadapi kejohanan itu walaupun sedar tiada perlawanan mudah untuk mereka di Uzbekistan pada Jun nanti. - Gambar fail BERNAMA
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
FAM lepaskan Ketua Jurulatih B-23 Brad Maloney
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mencapai kata putus bagi melepaskan khidmat Ketua Jurulatih Bawah 23 Tahun (B-23), Brad Maloney secara persetujuan bersama kedua-dua pihak.
Pasukan negara mampu beri saingan sengit - Maloney
Ketua jurulatih skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan, Brad Maloney percaya pasukannya mampu memberi tentangan sengit kepada mana-mana pasukan pada Kejohanan Piala Asia B-23 2022 di Tashkent, Uzbekistan.
Piala Asia B-23: Maloney ada sebab kekal pemain sedia ada
Maloney tetap percaya dengan kemampuan pasukannya berdasarkan aksi yang dipamerkan di Hanoi sebelum ini.
Pemain skuad B-23 Sukan SEA Hanoi kekal jadi taruhan Maloney ke Uzbekistan
Walaupun terlepas peluang membawa pulang sebarang pingat, kesemua pemain skuad Bawah 23 (B-23) kebangsaan, sekali lagi dipertaruhkan bagi mengharungi kempen Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan.
Maloney umumkan skuad akhir B-23 Piala Asia esok
Senarai akhir 23 pemain skuad Bawah-23 (B-23) Kejohanan Piala Asia di Tashke, Uzbekistan hanya akan diumumkan selepas latihan terakhir mereka, esok.
Sukan SEA Hanoi: Maloney bangga dengan keberanian anak buah
Pasukannya telah memberikan segalanya untuk cuba mengatasi tuan rumah yang dibimbing Park Hang Seo dari Korea Selatan itu.
Maloney gembira kemenangan ke atas Laos cerahkan peluang skuad negara
Skuad Brad Maloney kini mendahului Kumpulan B dan mengutip enam mata.
Sukan SEA Hanoi: Maloney mahu skuad negara hadirkan aura positif bertemu Laos
Pertemuan menentang Laos hari ini menjadi peluang terbaik buat skuad muda negara menebus kehampaan.
Mukhairi percaya kemampuan Maloney, anggap Polking bukan masalah
Muhammad Mukhairi berkata fokus pasukan hanya tertumpu kepada usaha membentuk skuad terbaik.
Pemain saya tidak gentar, kata Maloney menjelang pertemuan dengan Thailand
Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu adalah pada Kelayakan Piala Asia B-23 2022 di Mongolia, Oktober tahun lepas.