SAMUEL Eto'o telah memohon maaf kerana 'bertindak balas dengan cara yang "tidak sepadan dengan personaliti saya" semasa 'bertengkar' selepas kemenangan Brazil ke atas Korea Selatan pada Isnin.

Rakaman video tersebar luas di media sosial pada Isnin mengenai Eto'o, yang memenangi 118 kaps untuk Cameroon, bertembung dengan seorang lelaki di luar Stadium 974 sebelum menghentak lutut ke mukanya.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di akaun Twitternya, Eto'o -- yang kini bertindak sebagai presiden Persekutuan Bola Sepak Cameroon -- memohon maaf atas penglibatannya dalam insiden itu, yang dipersalahkannya atas kejatuhan berterusan daripada kemenangan play-off Piala Dunia Cameroon ke atas Algeria pada Mac.

Persekutuan Bola Sepak Algeria menggesa perlawanan kedua diadakan semula selepas apa yang mereka sifatkan sebagai 'skandal' keputusan pengadil.

Cameroon tiba di Qatar 2022 hasil kemenangan Karl Toko Ekambi pada minit ke-124, dan bekas penyerang Barcelona dan Inter, Eto'o percaya insiden yang berlaku Isnin merupakan 'provokasi tanpa henti dan gangguan' oleh penyokong Algeria.

“Pada 5 Disember, selepas perlawanan Brazil-Korea Selatan, saya telah bergaduh dengan seseorang yang mungkin penyokong Algeria,” kata kenyataan itu.

“Saya ingin memohon maaf kerana hilang sabar dan bertindak balas dengan cara yang tidak sepadan dengan personaliti saya. Saya memohon maaf kepada orang ramai atas kejadian itu.

“Saya berikrar untuk terus menentang provokasi tanpa henti dan gangguan harian beberapa penyokong Algeria.

“Memang sejak perlawanan Cameroon-Algeria pada 29 Mac di Blida, saya menjadi sasaran penghinaan dan dakwaan menipu tanpa sebarang bukti.

"Semasa Piala Dunia ini, penyokong Cameroon telah diganggu oleh warga Algeria ekoran perkara sama. Saya ingin menyebut bahawa senario kekalahan Algeria adalah kejam tetapi ia tetap mengikut peraturan dan etika sukan bolasepak.

“Semua rayuan yang dibuat oleh Persekutuan Bola Sepak Algeria kepada bidang kuasa kompeten telah ditolak.

“Oleh itu, saya menyeru pihak berkuasa Algeria dan Persekutuan supaya mengambil tanggungjawab mereka untuk menamatkan iklim tidak sihat ini sebelum tragedi yang lebih serius berlaku.

"Kepada peminat Fennecs, saya berharap mereka mendapat ketenangan dan berjaya mengatasi kekecewaan kekalahan yang menyakitkan itu." 

LAMAN MIKRO PIALA DUNIA FIFA 2022 DI SINI