LUSAIL: Lional Messi memuji kebijaksanaan pemain Argentina selepas berjaya menundukkan Croatia 3-0 sekali gus melangkah ke pusingan akhir Piala Dunia 2022.

Jelasnya, pasukan kendalian Lional Scaloni beraksi lebih bersemangat kali ini berbanding perlawanan menentang Belanda pada pusingan suku akhir.

Messi menyumbat gol pertama menerusi sepakan penalti sebelum Julian Alvarez menjaringkan dua gol dalam separuh masa pertama dan kedua bagi melepasi cabaran Croatia.

Piala Dunia Qatar: Argentina lepasi cabaran Croatia 3-0, mara ke final

"Kami satu pasukan yang bijak, kami tahu membaca perlawanan, bila perlu bertahan dan bila perlu menekan.

"Setiap perincian perlu diambil kira," katanya dalam sidang media pada Rabu.

Argentina kini memburu gelaran juara Piala Dunia buat kali ketiga sejak memenanginya kali terakhir pada tahun 1986.

Pasukan itu bermula kempen Piala Dunia 2022 dengan langkah kiri selepas kalah 1-2 kepada Arab Saudi dalam perlawanan pembukaan.

PIALA DUNIA 2022

"Perlawanan pertama itu sangat menyakitkan.

"Untuk memulakan kempen kami dengan kekalahan adalah sangat sukar bagi kami namun ia telah menguji kekuatan kami sebagai satu pasukan," tambahnya.

Argentina bakal bertemu pemenang perlawanan separuh akhir kedua di antara Perancis dan Maghribi Ahad ini.