DOHA: Perancis layak ke separuh akhir Piala Dunia Qatar selepas menang 2-1 ke atas England dalam perlawanan yang cukup mendebarkan sebentar tadi.

Aurelien Tchouameni membuka jaringan pada minit ke-17 dengan rembatan 25 meter melepasi jangkauan Jordan Pickford.


Harry Kane menyamakan kedudukan untuk England pada minit ke-54 melalui sepakan penalti selepas Saka dikasari di hadapan gol oleh Tchouameni.


LAMAN MIKRO PIALA DUNIA FIFA 2022 DI SINI 

Olivier Giroud menjadikan kedudukan 2-1 pada minit ke-78 melalui tandukan padu hasil daripada hantaran lintang oleh Antoine Griezmann.

Kane bagaimanapun terlepas peluang keemasan untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-83 apabila sepakan penaltinya melepasi tiang gol.

Kemenangan 2-1 itu melayakkan pasukan Perancis ke perlawanan separuh akhir menentang Maghribi pada Khamis, 15 Disember jam 3 pagi di Stadium Al Bayt.