PRESIDEN Paris Saint-Germain, Nasser Al-Khelaifi, mengesahkan juara Ligue 1 itu ingin menandatangani pemain tengah England, Jude Bellingham.

Pemain Borussia Dortmund berusia 19 tahun itu telah menjadi antara bintang Piala Dunia Qatar tahun ini, dengan sejumlah gergasi Eropah dilaporkan berminat untuk mendapatkannya.

Bellingham menjaringkan gol pertama England dalam kejohanan itu ketika membelasah Iran 6-2 pada peringkat kumpulan, dan menghasilkan satu lagi aksi hebat di bahagian tengah dalam kemenangan pusingan 16 ke atas Senegal Ahad lalu.

Kebolehannya yang serba boleh menyaksikan dia disebut-sebut sebagai pemain sandaran untuk dinobatkan sebagai pemain muda kejohanan itu, dan Al-Khelaifi mengakui dia ingin membawanya ke Paris.

"Pemain yang hebat -- sungguh hebat sekali," kata Al-Khelaifi kepada Sky News. "England (bernasib baik) mempunyai dia, sejujurnya. Dia antara pemain terbaik dalam kejohanan itu. Hebat -- Piala Dunia pertamanya. Dia tenang dan santai, yakin."


Ditanya sama ada PSG mahu menandatangani Bellingham, Al-Khelaifi berkata: "Semua orang mahukan dia, saya tidak akan menyembunyikannya. Dia berada di kelabnya, dan menghormati, jadi jika kita mahu bercakap dengannya, kita akan bercakap dengan kelab dahulu."

Bellingham seterusnya akan beraksi pada hari Sabtu apabila England menentang Perancis dalam pertembungan suku akhir.

LAMAN MIKRO PIALA DUNIA FIFA 2022 DI SINI