WOUT Weghorst mengakui melalui kekecewaan berganda apabila hasratnya untuk berjabat tangan dengan Lionel Messi ditepis selepas dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia, semalam.

Pemain depan Belanda itu mencipta impak menakjubkan sebagai pemain gantian dengan meledak dua gol lewat untuk mengheret permainan ke tambahan masa.

Dia hampir membayangi prestasi Messi yang menyempurnakan sepakan penalti untuk meletakkan Argentina dengan bekalan dua gol di depan sebelum kedudukan menjadi 2-2 dan selepas itu, Weghorst serta Messi bertembung dalam penentuan sepakan penalti.

Sebelum memulakan wawancara dengan TyC Sports, Messi didapati sempat mencemuh seseorang: "Apa yang kamu lihat, bodoh?"

Kata-kata itu dipercayai ditujukan kepada Weghorst.

Belanda dihantar pulang berikutan kegagalan menyekat kemaraan La Albiceleste, namun apabila yang lebih mengecewakan Weghorst ialah sikap Messi.

"Saya mahu berjabat tangannya selepas perlawanan, saya sangat menghormatinya sebagai pemain bola sepak," katanya.

"Tetapi dia menepis tangan saya ke tepi dan tidak mahu bercakap dengan saya."

Dipetik oleh Marca, Weghorst menambah: "Bahasa Sepanyol saya tidak begitu bagus tetapi dia mengeluarkan ucapan yang tidak menghormati saya dan ia mengecewakan saya, benar-benar mengecewakan." -- Stadium Astro