JOHOR BAHRU: Kira-kira 100 bas yang dianggarkan membawa 4,000 penyokong pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dari seluruh daerah berlepas ke Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pagi ini untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala FA.
Timbalan Presiden Kelab Penyokong Bola Sepak JDT Mohd Fadzli Sapie berkata para penyokong tidak sabar untuk menyaksikan pertembungan skuad Harimau Selatan menentang Terengganu FC (TFC) malam ini.
Beliau berkata kelab itu menyediakan 12 bas bagi membawa penyokong dari Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos di Larkin, di sini yang berlepas pada 8 pagi tadi.
"Di Stadium Larkin (Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos) sahaja kita menyediakan 12 bas dengan 455 penyokong... di Stadium Sultan Ibrahim (Iskandar Puteri) pun ada juga bagi membawa penyokong Boys Of Straits.
"Begitu juga penyokong di Muar, Segamat dan Tangkak... saya anggarkan lebih kurang 100 bas dari Johor ke Stadium Nasional Bukit Jalil pagi ini," katanya kepada Bernama di pekarangan Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos hari ini.
Mohd Fadzli berkata aspek keselamatan sentiasa menjadi keutamaan dan pihaknya telah bermesyuarat dengan pihak Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bagi memastikan langkah keselamatan penyokong.
"Semua penyokong telah diberikan taklimat selepas kita dapat prosedur operasi standard (SOP) daripada MFL.
"Kita mahu elak provokasi dan perkara yang menimbulkan kemarahan, malah SOP untuk masuk stadium pun kita tekankan. Bagi saya penyokong JDT sangat berdisiplin tentang SOP dan keselamatan," katanya.
Sementara itu, rata-rata penyokong tegar JDT yakin trofi Piala FA akan menjadi milik pasukan itu.
Mohamad Amirul Akmal Shahrudin, 29, berkata skuad Harimau Selatan di bawah kendalian Hector Bidoglio mampu membenam Skuad Penyu sekurang-kurangnya 3-0.
"Kita mengharapkan kemenangan JDT malam ini, sebenarnya berapa banyak gol tidak menjadi perkara utama kerana jaringan yang berjaya dimasukkan ke gawang lawan itu lebih penting," katanya.
Nur Ain Halim, 39, yang membawa dua anaknya bagi menyaksikan perlawanan itu berkata biar apa pun keputusan pada malam ini, penyokong JDT tetap teguh bersama pasukan dan akan terus memberikan sokongan moral.
"Saya dan anak-anak memang peminat tegar bola sepak dan sanggup ke stadium untuk tengok perlawanan. Kita memang mengharapkan kemenangan kepada JDT," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 10 2022
Sebahagian penyokong JDT bergambar bersama sebelum begerak ke Stadium Nasional Bukit Jalil pagi ini. - Foto BERNAMA
Kes demam denggi turun, satu lagi kematian dilaporkan
Jumlah kes demam denggi menurun kepada 1,698 kes pada Minggu Epidemiologi ke-15 (ME15) iaitu dari 7 April hingga 13 April lepas berbanding 2,487 kes pada minggu sebelumnya.
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin, Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM).
Letusan Gunung Semeru: Penduduk dipindahkan akibat banjir lahar sejuk
Sekurang-kurangnya 32 keluarga di Lumajang, Jawa Timur dipindahkan secara sukarela ke kawasan lebih selamat susulan limpahan banjir lahar sejuk yang dicetuskan Gunung Semeru pada Khamis.
Bapa didakwa bunuh bayi enam bulan
Isteri tertuduh yang berada di galeri awam menangis sebaik pertuduhan terhadap suaminya, dibacakan.
Pelancong dari China, India meningkat 78.2 peratus berikutan pelan liberalisasi visa
Pelan liberalisasi visa telah merancakkan kemasukan pelancong ke dalam negara khususnya dari China dan India dengan peningkatan sebanyak 78.2 peratus dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.
AWANI Ringkas: Delegasi ke Gaza jalani latihan antikeganasan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka meningkat, pelabur tumpu saham dengan rizab tunai tinggi
Pada 9.22 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.86 mata kepada 1,549.62 daripada penutupan Khamis iaitu 1,544.76.
[LAPOR LANGSUNG] Perang Iran-Israel: Peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isfahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Tiada lagi ulang tayang Piala FA
Semua video ulang tayang perlawanan Piala FA dari perlawanan pusingan pertama akan dibatalkan mulai musim depan.
Cabaran puasa Diallo
Amad Diallo yang meledak gol kemenangan ketika Manchester United menewaskan Liverpool 4-3 pada suku akhir Piala FA bermain ketika berpuasa.
Klopp hilang sabar dengan wartawan susulan tewas kepada Manchester United
Jurgen Klopp berang dengan 'soalan bodoh' wartawan selepas Liverpool tewas dalam aksi suku akhir Piala FA kepada Manchester United.
Piala FA: Manchester United tunjuk Liverpool jalan keluar
Dua gol dalam tempoh tiga minit dijelmakan Alexis Mac Allister dan Mohamed Salah menjelang penghujung separuh masa pertama.
Piala FA: Manchester United bakal terima kunjungan Liverpool
The Reds masih berpotensi menjuarai tiga gelaran selepas mengatasi Chelsea dalam final Piala Carabao dan Southampton dalam Piala FA.
Piala FA: Pemain muda sekali lagi serlah kemampuan bawa Liverpool ke suku akhir
Kemenangan itu hanya tiga hari selepas menjuarai Piala Carabao ke atas Chelsea.
Piala FA: Casemiro pastikan Manchester United lolos ke suku akhir
Ten Hag memenangi Piala Carabao dalam musim pertama namun berdepan tekanan yang menggunung sepanjang musim kedua.
Haaland ledak lima gol belasah Luton
Luton gagal menghalang naluri Haaland yang menjaringkan dua lagi gol selepas rehat untuk menundukkan Luton.
Piala FA: Manchester United sambut kepulangan Harry Maguire, Luke Shaw dalam skuad utama
Skuad kendalian Erik ten Hag telah mengharungi musim mengecewakan di sebalik berdepan masalah kecederaan.
Bekas bintang Chelsea, Tommy Baldwin meninggal dunia
Bekas penyerang kelab Chelsea Tommy Baldwin meninggal dunia pada usia 79 tahun selepas sekian lama dilaporkan menderita sakit.