Wakil kelab, Felda United FC (FUFC) membawa bekalan tipis satu gol selepas sekadar menang 4-3 ke atas Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, dekat sini, malam tadi.
Kedua-dua pasukan akan beraksi pada separuh akhir kedua di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru pada 25 Okt ini.
Pada perlawanan malam tadi, kedua-dua pasukan begitu bersemangat untuk memburu jaringan awal walaupun keadaan padang yang becak akibat hujan pada babak awal permainan, menyukarkan kawalan bola oleh para pemain.
Nasib nyata lebih menyebelahi FUFC yang membuka tirai jaringan menerusi penyerang importnya dari Liberia, Edward Junior Wilson yang melakukan sepakan kencang dari luar kotak penalti seawal minit ketujuh perlawanan.
Skuad 'The Fighters' kendalian Irfan Bakti Abu Salim terus menggandakan asakan ke kubu JDT dan berjaya meraih gol kedua menerusi sentuhan penyudah Ahmad Syamim Yahya pada minit ke-42.
Bersambung babak kedua perlawanan, pasukan lawan yang dikenali sebagai skuad 'Harimau Selatan' mengasak ke kubu FUFC dan berjaya mengurangkan defisit jaringan menerusi penyerang import dari Argentina, Jorge Pereyra Diaz pada minit ke-52.
Empat minit kemudian, FUFC ditimpa malang selepas pemain pertahanannya, Mohd Nasriq Baharom diperintah keluar padang oleh pengadil, Samsudin Ibrahim selepas menerima kad kuning kedua.
Kekurangan seorang pemain nyata tidak melemahkan semangat skuad 'The Fighters' yang berjaya meraih gol ketiga menerusi Makeche Ndumba pada minit ke-60.
Pemain gantian JDT, Luciano Figueroa menjaringkan gol kedua untuk pasukan pelawat pada minit ke-80 sebelum beliau membuka peluang kepada Pereyra untuk mengikat kedudukan menjadi 3-3 pada minit ke-88.
Makeche menjadi watak pemusnah untuk pasukan pelawat selepas meledak jaringan kemenangan pada masa tambahan separuh masa kedua.
Bernama
Tue Oct 21 2014
FUFC membawa bekalan tipis satu gol selepas sekadar menang 4-3 ke atas JDT pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia malam tadi.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Felda United ungguli persada Liga Super 2015
Pasukan kelab, Felda United FC memintas kedudukan Kelantan di persada Liga Super selepas menang tipis 2-1 ke atas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 2-1 malam tadi
Piala Malaysia: FUFC menang tipis 4-3 ke atas JDT
Wakil kelab, Felda United FC (FUFC) membawa bekalan tipis satu gol selepas sekadar menang 4-3 ke atas Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia malam tadi.
Piala Malaysia: Stadium Temerloh kecoh, FUFC mara ke separuh akhir
Pasukan Bomba dan Penyelamat terpaksa dipanggil untuk mengalihkan suar yang dilempar sekumpulan penyokong sejurus berakhirnya perlawanan suku akhir Piala Malaysia di Pahang pada Jumaat.