Piala Negara-Negara UCI: Azizulhasni keempat terpantas kelayakan pecut

Astro Arena
Februari 4, 2024 04:00 MYT
Sehari selepas memenangi emas acara keirin, Azizulhasni membuktikan masih ada tenaga untuk dipertaruhkannya dengan mencatatkan masa 9.656 saat dalam pusingan awal itu. - Gambar/ Stadium Astro
JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang, mara ke pusingan 1/8 acara pecut Piala Negara-Negara UCI selepas menduduki tangga keempat pusingan kelayakan di Adelaide, Australia.
Sehari selepas memenangi pingat emas acara keirin, Azizulhasni membuktikan masih ada tenaga untuk dipertaruhkannya dengan mencatatkan masa 9.656 saat dalam pusingan awal itu.
Ia menyaksikan Azizulhasni akan bertemu jaguh Colombia, Cristian Ortega, bagi penentuan ke suku akhir sebentar nanti.
Sementara itu, seorang lagi pelumba negara, Shah Firdaus Sahrom, gagal melepasi pusingan kelayakan selepas sekadar menduduki tangga ke-32 daripada 37 pelumba. - Stadium Astro
#Azizulhasni Awang #Shah Firdaus #Piala Negara-Negara UCI