BANGKOK: Pemain nombor dua dunia Kento Momota memuji Malaysia sebagai antara pasukan yang terkuat pada Piala Thomas 2022, di sini.
Bagaimanapun pemain utama perseorangan lelaki Jepun itu, berjanji untuk memberikan cabaran terbaik dalam pertemuan antara pasukannya dan Malaysia dalam usaha mengungguli Kumpulan D, pada pertemuan mereka hari ini di Impact Arena di sini.
"Saya akan cuba yang terbaik dan akan cuba membantu pasukan saya mengatasi Malaysia," katanya kepada Bernama ketika ditemui selepas perlawanan Kumpulan D bertemu Toby Penty dari England, di sini.
Momota yang menghadapi masalah kejatuhan prestasinya termasuk tersingkir awal di tangan pemain Indonesia Chico Aura Dwi Wardoyo di Kejohanan Badminton Asia di Manila baru-baru ini, mengakui yang beliau mengalami simptom kurang keyakinan diri, yang menyebabkan prestasinya jatuh.
Malah juara dunia dua kali berkata, pada set pertamanya berhadapan Penty pemain nombor ke-53 dunia itu, memberikan beliau sedikit masalah sebelum beliau menemui rentak untuk menang 21-18, 21-11.
"Saya berasa gugup pada set pertama, tetapi saya berharap dapat bermain dengan lebih selesa dan baik selepas ini," katanya.
Momota merupakan seorang daripada pasukan Jepun yang menewaskan Malaysia 3-2 pada perlawanan akhir edisi 2014 di Delhi, India.
Kali terakhir kedua-dua negara bertemu dalam kejohanan paling berprestij dunia itu adalah pada edisi di Aarhus, Denmark, dengan Jepun mengalahkan Malaysia 4-1 dalam Kumpulan D, Oktober lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 10 2022
Pemain nombor dua dunia Kento Momota memuji Malaysia sebagai antara pasukan yang terkuat pada Piala Thomas 2022. - Gambar fail/REUTERS
10 Berita Pilihan - (25 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Netizen korek gambar lama Ruhainies makan bersuap dalam ferrari, netizen: “Macam mana boleh downgrade…”
Nama Ruhainies kembali menjadi bualan netizen gara-gara tangkap layar perbualan menerusi Whatsapp yang didakwa merupakan perbualannya bersama Aliff Aziz viral di media sosial.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
'Malaysia ada kelebihan di Piala Thomas'
Pemain profesional negara Cheam June Wei menyifatkan pasukan negara mempunyai kelebihan tersendiri pada pertarungan pusingan pertama bertemu Hong Kong pada kejohanan Piala Thomas 2024.
Hong Kong tagih sentuhan pakar untuk Piala Thomas
Hong Kong, yang mempunyai bekas pemain antarabangsa Wong Choong Hann dan Choong Tan Fook dalam set kejurulatihan mereka, hanya membuat penampilan keenam mereka di pusingan akhir.
Pemain badminton negara pamer kekuatan mental menjelang Piala Thomas, Uber
Pemain negara mempamerkan tahap kekuatan mental dan psikologi yang mantap serta semangat juang tinggi menjelang saingan Piala Thomas dan Piala Uber pada 27 April hingga 5 Mei ini.
Piala Thomas: Tze Yong digugurkan, Hon Jian isi kekosongan - Rexy
Ng Tze Yong disahkan tidak akan beraksi pada Piala Thomas 2024 dan kekosongan ditinggalkan naib juara Terbuka Artik 2023 itu akan digantikan dengan pemain beregu, Choong Hon Jian.
Rashid tak pernah terbayang Malaysia lalui kemarau panjang menang Piala Thomas
Tidak pernah terdetik dalam hati Datuk Rashid Sidek bahawa Malaysia akan melalui kemarau panjang untuk memenangi semula Piala Thomas.
Piala Thomas: Zii Jia ikuti program latihan bersama Tat Meng
Perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia akan meneruskan program latihan yang telah dirancang oleh Pengarah Kejurulatihan TeamLZJ, Wong Tat Meng.
Xiong Du Du, Yu Rong Rong maskot Piala Thomas dan Uber 2024
Peringkat final Piala Thomas dan Piala Uber akan berlangsung di Chenghdu, China dari 27 April hingga 5 Mei, disertai 32 pasukan dari 20 negara dan kawasan.
Zii Jia sertai skuad negara ke Piala Thomas 2024
Selain Zii Jia, turut tersenarai pemain di ranking ke-18 Ng Tze Yong yang mendapat pelepasan sementara oleh pasukan perubatan untuk beraksi dalam kejohanan berpasukan berprestij itu.
Piala Thomas: Status penyertaan Zii Jia terjawab esok - Rexy
Teka teki di sebalik penyertaan pemain profesional negara Lee Zii Jia, ke dalam skuad Piala Thomas 2024 di Chengdu, China, bakal diketahui esok.
Zii Jia cari semangat Manila 2022 di Ningbo 2024
Lee Zii Jia tekad memastikan momentum beliau kembali berada pada tahap terbaik dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China.