BANGKOK: Empat tahun lepas, bekas juara junior dunia Goh Jin Wei membuat penampilan keduanya dalam Pusingan Akhir Piala Uber di Impact Arena di sini.
Meskipun meraih dua mata termasuk mengejutkan He Bingjao dari China dalam peringkat kumpulan pada edisi 2018 itu, ia tidak cukup buat Jin Wei membantu pasukan negara untuk pergi lebih jauh dalam kejohanan tersebut selepas Malaysia gagal melangkah ke suku akhir.
Dan kini pemain nombor 80 dunia itu, yang membuat pusingan-u daripada persaraannya September lepas ekoran masalah kesihatan, berharap agar edisi tahun ini akan memberi tuah kali kedua kepadanya, terutama setelah beliau bermain di venue yang sama sebelum ini.
"Ya, saya sangat teruja dapat kembali ke sini selepas empat tahun sejak kali terakhir beraksi sini dalam Piala Uber," katanya kepada pemberita usai sesi latihan di sini hari ini.
Jin Wei, yang mempamerkan prestasi membanggakan dalam kemunculan sulungnya selepas kembali daripada persaraan dengan mara ke suku akhir Terbuka Korea bulan lepas, berhasrat untuk menyumbang satu mata setiap kali beliau turun ke gelanggang.
Berdasarkan ranking, Jin Wei akan bermain sebagai perseorangan kedua di belakang perseorangan utama negara S.Kisona yang menduduki ranking ke-51 dunia.
Mengulas perlawanan pertama bertemu Denmark esok, pemain berusia 22 tahun dari Pulau Pinang itu berkata beliau telah berpesan kepada rakan sepasukannya supaya tidak terlampau yakin bagi mengelak kekalahan.
"Jangan terlampau yakin atau kita tidak akan bermain dengan baik. Saya rasa kita ada peluang (ke atas Denmark) walaupun bukan pasukan pilihan kita akan berjuang hingga ke saat akhir menentang mereka," tambahnya.
Sementara itu, M.Thinaah yang bergandingan dengan Pearly Tan sebagai beregu wanita kebangsaan utama, bersemangat dan tidak sabar untuk meraih kejayaan dalam penampilan kedua mereka di sini, selepas kemunculan pertama beregu itu di Aarhus, Denmark, Oktober lepas.
Thinaah percaya jika skuad Uber negara memiliki semangat juang yang tinggi, mereka boleh membuat kejutan dengan menundukkan Denmark esok.
"Kami juga sekumpulan dengan tuan rumah Thailand, kedua-dua mereka bukanlah pasukan yang mudah diatasi tetapi saya cuma berharap semua orang akan memberi yang terbaik dalam perlawanan dan berjuang habis-habisan," katanya.
Selain Denmark dan Thailand, Malaysia turut berdepan Mesir dalam Kumpulan C.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 07 2022
Empat tahun lepas, bekas juara junior dunia Goh Jin Wei membuat penampilan keduanya dalam Pusingan Akhir Piala Uber di Impact Arena. - Gambar fail/BERNAMA
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Tahanan reman lima individu termasuk anak MB disambung hingga esok
Kesemua suspek berusia 27 hingga 37 tahun itu ditahan oleh SPRM antara pukul 7 dan 8 pagi Selasa lepas di sekitar Perlis.
[TERKINI] KWSP akan struktur semula akaun KWSP kepada tiga akaun
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 bagi tujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.
KWSP struktur semula kepada tiga akaun mulai 11 Mei
Akaun KWSP akan distruktur semula daripada dua kepada tiga, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Kedua-dua negara juga berhasrat memperkukuhkan kerjasama mengenai perkongsian maklumat dalam pengurusan dan penyelenggaraan lebuh raya, cerun serta pertukaran tenaga kepakaran dan teknikal.
Apple dilapor kurangkan pengeluaran Vision Pro susulan permintaan rendah
Walaupun jualan pada awalnya amat memberangsangkan, momentum tidak berterusan kerana unit awal hanya dibeli oleh peminat paling tegar Apple.
Nahas dua kenderaan punca insiden kecoh semasa pengebumian pegawai TLDM - Polis
Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada jam 7.45 malam selepas pemandu kereta terlanggar sebuah motosikal berhampiran dengan masjid.
KL20: MYStartup platform boosts Malaysia’s startup ecosystem
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
Jin Wei lepasi halangan pertama dalam kejar impian ke Olimpik Paris 2024
Jin Wei, yang kini menduduki ranking ke-31 dunia, bakal berdepan tugas berat pada pusingan kedua, esok, menentang pilihan ketujuh.
Jin Wei gembira kembali beraksi di Kejohanan Super 1000
Pemain berusia 22 tahun yang menghuni ranking ke-33 dunia itu mahu memberikan yang terbaik di hadapan penyokong tempatan di Axiata Arena.
Pemain antarabangsa hangatkan kejohanan Malaysia Purple League
Penganjuran kejohanan berkonsep liga itu menyaksikan lapan pasukan tempatan berentap merebut kejuaraan.
Kehilangan besar namun BAM hormati keputusan Jin Wei - Mohamad Norza
Goh Jin Wei pernah menyatakan hasrat untuk bersara sejak bulan lepas berikutan masalah kesihatan yang dialaminya.
Bekas juara remaja dunia Jin Wei umum persaraan
Pemain berasal dari Pulau Pinang mengumumkan persaraan pada usia muda itu menerusi satu video yang dimuat naik di YouTube.
Jin Wei tidak sertai Master Malaysia - BAM
Pihak kejurulatihan percaya pemain berumur 19 tahun itu memerlukan lebih banyak masa untuk kembali cergas.
Seluruh England: Jin Wei perlu kerah segala keringat
2018 menyaksikan Jin Wei membuat penampilan pertamanya dalam kejohanan ini namun dia disingkirkan Aya Ohori dalam pusingan kedua.
Terbuka Jerman: Yamaguchi sekat impian Jin Wei ke final
Pertemuan kedua buat dua seteru itu pada tahun ini menyaksikan Yamaguchi merakamkan kemenangan dalam tempoh 33 minit.
Lee Chong Wei kagum pada Jin Wei
Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mahu jaguh remaja dunia dua kali, Goh Jin Wei lebih yakin dengan kemampuan diri untuk tampil lebih kompetitif.