PKNS FC meraih tiga mata berharga selepas menewaskan Felda United 3-1 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Kelana Jaya semalam.

PKNS selaku pasukan pelawat membuat kejutan apabila membuka tirai jaringan pada minit ke-28 menerusi kapten, Helmi Rameli.

Felda yang ketinggalan kemudiannya beraksi tempang selepas Mohd Nizam dilayangkan kad merah.

Namun, tonggak import Felda Mohamad Ghaddar berjaya menyumbat gol penyamaan, pada minit ke-33.

Seminit sebelum rehat, PKNS kembali mendahului hasil jaringan awang importnya, Patrick Ronaldinho.

Babak kedua menyaksikan penguasaan berterusan pelawat.

Hasilnya, skuad bimbingan Abdul Rahman Ibrahim berjaya menambah gol menerusi Nazrin Syamsul Bahari, untuk keputusan penuh 3-1.