PM Najib ucap tahniah kepada Hafizh Syahrin

Bernama
Februari 21, 2018 20:00 MYT
Hafizh Syahrin cipta sejarah sebagai pelumba Malaysia pertama bersaing pada Kejuaraan MotoGP. - Foto Astro AWANI
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu menzahirkan ucapan tahniah kepada pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang muncul sebagai pelumba Malaysia pertama bersaing dalam Kejuaraan MotoGP Dunia musim ini.
"Tahniah Hafizh Syahrin, pelumba Malaysia pertama menyertai MotoGP musim penuh!" kata Datuk Seri Najib menerusi catatan dalam laman Twitter rasmi beliau.
BACA: Hafizh Syahrin sah ke MotoGP

Tahniah Hafizh Syahrin, pelumba Malaysia pertama menyertai MotoGP musim penuh! pic.twitter.com/bIiP2bFfXt

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) February 21, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Hafizh Syahrin, 23, pelumba yang diberi jolokan 'Pescao 55' mencipta sejarah sebagai pelumba Malaysia pertama bakal bersaing pada Kejuaraan MotoGP Dunia bersama pasukan Monster Yamaha Tech3 tahun ini.
Pelumba yang berasal dari Selangor itu akan berganding dengan bekas juara dunia Moto2 2016, Johann Zarco, sebagai pelumba kedua menggantikan Jonas Folger yang menarik diri atas faktor kesihatan.
-- BERNAMA
#Hafizh Syahrin Abdullah #MotoGP #Najib Razak #Perdana Menteri #Twitter