awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GADGETS
Cip Exynos 2500 dilancar secara rasmi
DUNIA
WhatsApp diharamkan daripada peranti kakitangan Dewan Perwakilan Amerika Syarikat
GADGETS
WhatsApp uji ciri janaan gambar latar belakang guna AI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SUKAN

PM sampaikan sumbangan kepada anak Malaysia juara sukan kasut roda dunia

Bernama
Bernama
23/06/2025
23:30 MYT
Sponsor Banner
PM sampaikan sumbangan kepada anak Malaysia juara sukan kasut roda dunia
Muhammad Iftikhar Firas (dua, kanan) menerima sumbangan daripada Anwar yang disampaikan oleh Chan pada majlis semalam. - Foto Facebook Anwar
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada Muhammad Iftikhar Firas Farid yang muncul sebagai juara dunia dalam pertandingan "Roller Freestyle Park Junior" di Perancis baru-baru ini.
Sumbangan disampaikan setiausaha politik beliau Chan Ming Kai semalam.
Perdana Menteri berkata lebih membanggakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Aziz Shah, Kajang itu berjaya menewaskan juara bertahan empat tahun berturut-turut dalam kejohanan tersebut.
"Mendoakan agar (Muhammad Iftikhar) Firas terus bersinar dalam bidang sukan ini. Semoga kejayaan yang diraih menjadi pencetus semangat untuk beliau melangkah lebih jauh di pentas antarabangsa dan mengharumkan nama negara," katanya dalam hantaran di platform X semalam.
Anwar berkata beliau turut mengarahkan Kementerian Belia dan Sukan untuk membantu menyokong potensi Muhammad Iftikhar Firas dengan kemudahan latihan dan akses yang diperlukan bagi mengembangkan lagi bakatnya ke tahap lebih tinggi.
Muhammad Iftikhar Firas dinobatkan sebagai juara dunia dalam acara Roller Freestyle Park Junior yang berlangsung di Montpellier, Perancis pada hujung Mei lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Roller Freestyle Park Junior
#kasut roda
#Muhammad Iftikhar Firas Farid
#Kementerian Belia dan Sukan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami