KEPULANGAN Graham Potter ke Brighton & Hove Albion bertukar menjadi mimpi ngeri apabila Chelsea dibelasah 1-4 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di laman The Seagulls pada Sabtu.
Potter meninggalkan Brighton untuk menggantikan jurulatih Thomas Tuchel di Chelsea bulan lalu, kembali ke pantai selatan untuk berdepan bekas majikannya buat kali pertama lengkap dengan rekod tanpa kalah sembilan perlawanan dalam semua pertandingan di kelab London tersebut.
Tetapi tuan rumah membuat permulaan cemerlang di Stadium Amex menentang anak buah Potter apabila mendahului pada minit kelima minit menerusi jaringan Leandro Trossard.
Brighton kemudian melebarkan kedudukan apabila Ruben Loftus-Cheek meledak jaringan sendiri pada minit ke-14.
Trevoh Chalobah kemudian menjadikan kedudukan 3-0 untuk Brighton selesa mendahului babak pertama.
Chelsea bermula dengan baik selepas rehat dan bangkit tiga minit memasuki separuh masa kedua menerusi tandukan Kai Havertz pada minit ke-48.
Pascal Gross pula melengkapkan hari derita The Blues apabila meledak jaringan keempat pada minit ke-92.
Tiga mata di laman sendiri merupakan kemenangan pertama pengganti Potter, Roberto De Zerbi, melonjakkan Brighton ke tangga ketujuh dalam kedudukan liga, manakala Chelsea kekal di tangga kelima, lapan mata di belakang pendahulu Manchester City. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Oct 29 2022
Havertz dan Potter selepas wisel penamat perlawanan EPL antara Brighton menentang Chelsea di Stadium Amex, Brighton, England, 29 Okt 2022. (Foto AP)
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Klopp tidak takut dipecat Liverpool
The Reds berada di tangga kelapan, lapan mata di belakang Manchester United yang berada di tangga keempat.
Chelsea pecat Potter susulan tewas kepada Aston Villa
Potter bergelut untuk mencetuskan konsistensi semasa musim perubahan di Stamford Bridge.
UCL: Tiada istilah jawatan pengurus kekal lama - Graham Potter
Potter berada di bawah tekanan berikutan tempoh sukar ditempuhi The Blues biarpun berbelanja besar dalam jendela kedua musim ini.
Potter diaibkan Brighton di Stadium Amex
Tuan rumah membuat permulaan cemerlang apabila mendahului pada minit kelima minit menerusi jaringan Leandro Trossard.
Prestasi Sterling akan bertambah baik bersama Chelsea, janji Potter
Pemain antarabangsa England itu bergelut untuk mendapatkan jaringan sejak berpindah dari Manchester City ke Stamford Bridge.
Slot penjaga gol utama Chelsea kini jadi rebutan - Potter
Graham Potter mungkin masih memilih untuk menurunkan Kepa Arrizabalaga di San Siro.
Potter ganti Tuchel di Stamford Bridge
Potter yang diikat lima tahun di Stamford Bridge dijadual memulakan tugas berdepan Fulham hujung minggu ini.
Pengurus Chelsea dipecat: Tuchel mangsa kerakusan pemilik baharu
Berita mengejut pemecatan pengurus Chelsea, Thomas Tuchel, barangkali satu tindakan yang langsung tidak masuk akal.