Raf janji Axis-02 bermain mati-matian untuk menjadi juara SCL 2017

Ian Johan Ariff
Disember 8, 2017 11:38 MYT
Raf semasa mewakili pasukan peminat Manchester United di Old Trafford, Manchester tahun ini. - Foto Instagram/@rafyaakob
Usahawan Raf Yaakob antara pemain yang terlibat dalam perlawanan akhir Selangor Champions League 2017 (SCL) sebagai pemain dan juga setiausaha pasukan Axis-O2 PJ FC di Stadium Shah Alam malam esok.
Pada acara grand final SCL 2017 pasukan Axis-O2 PJ FC dari Petaling Jaya akan bertemu PIB FC yang pernah bertemu dalam peringkat kumpulan B.

Dalam perlawanan itu, Axis-O2 tumpas 2-0 kepada PIB FC apabila terpaksa bermain dengan 10 pemain akibat salah seorang pemain Axis-O2 dibuang padang.
Namun, kedua-dua pasukan tidak memandang rendah lawan masing-masing kerana peluang untuk menang adalah seimbang.
Selain perlawanan akhir SCL 2017, orang ramai diajak hadir untuk memeriahkan lagi karnival bola sepak yang diadakan di perkarangan Stadium Shah Alam bermula 2 petang esok.

Terdapat juga beberapa perlawanan pertunjukkan melibatkan pasukan media dan artis tempatan selain perlawanan antara bintang-bintang SCL dan Terengganu Amateur League (TAL).
BACA: #MawarRaf tidak boleh puaskan hati semua pihak - Raf Yaakob
Pengunjung juga berpeluang bertemu Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin yang akan hadir menyaksikan perlawanan yang disajikan pada Grand Final SCL.
SCL merupakan liga komuniti yang memberi peluang kepada pemain-pemain amatur di negeri itu untuk merasai pengalaman bermain dalam liga yang diurus secara profesional malah antara yang terbaik dianjurkan di Malaysia.
Bukan sekadar muncul juara liga komuniti, pemenang dijanjikan tempat untuk bersaing dalam Piala FA.
Perkara itu dijangka diumum Tengku Amir Shah yang merupakan penaung Selangor Youth Community (SAY) pada final yang akan berlangsung malam esok.
SCL yang baharu masuk tahun kedua disertai juara-juara liga sosial dan amatur di Selangor dengan harapan dapat mencipta jaringan hubungan antara komuniti bola sepak di Selangor.
#Axis-O2 #PIB FC #Raf Yaakob #Raja Muda Selangor #RMS #SAY #SCL 2017 #Selangor Champions #Selangor Youth #stadium shah alam #TAL #tengku amir shah