Rai kemenangan ke-500, Simeone gesa Atletico teruskan rentak cemerlang

Astro Arena
Disember 31, 2020 02:13 MYT
Reaksi Diego Simeone ketika perlawanan La Liga antara Atletico Madrid dan Getafe di Wanda Metropolitano, Madrid, Sepanyol, 30 Dis, 2020. REUTERS
DIEGO Simeone mengambil perlawanan demi perlawanan sepanjang berkhidmat untuk Atletico untuk sembilan tahun dan kini, 500 perlawanan, dia mahu memastikan akan terus beraksi cemerlang bagi tahun 2021.
Ketua jurulatih Atletico, Simeone, memimpin pasukan meraih kemenangan 1-0 ke atas Getafe dalam saingan LaLiga awal pagi tadi bagi merekodkan perlawanan ke-500 dalam semua pertandingan bersama Atletico, ketinggalan hanya di belakang Luis Aragones (611).
Gol Luis Suarez yang kelapan buat Atletico memastikan mata penuh dan kekal di puncak lagi menjelang tahun baru.
Tetapi membincangkan pendekatannya ketika kembali ke Atleti sebagai jurulatih pada bulan Disember 2011, Simeone menjelaskan dia jarang melihat menjangkau perlawanan seterusnya -- buat masa ini Deportivo Alaves pada hari Ahad.
"Sejak saya tiba ketika saya bertemu dengan Miguel [Angel Gil Marin, CEO] dan Enrique [Cerezo, presiden], saya memberitahu mereka mari menghadapi perlawanan demi perlawanan," katanya.
"Itu perasaan saya. Bermain setiap perlawanan seperti ia adalah yang terakhir."

What an absolutely incredible set piece goal this is Thomas Lemar, Yannick Carrasco and Luis Suarez, take a bow! #AtletiGetafe pic.twitter.com/O2rRPWGaL8

— Football Nexus (@ftblnxs) December 30, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Diego Simeone #Atletico #jurulatih #kemenangan #LaLiga #Getafe #Luis Suarez #Luis Aragones #500 perlawanan