Ranking terbaharu FIFA yang dikeluarkan semalam menunjukkan pasukan bola sepak negara kini berada di tangga 171.

Ia menyaksikan penurunan tiga anak tangga daripada sebelumnya, iaitu dari tangga 168.

Kedudukan itu menjadi posisi terburuk pernah dihuni Harimau Malaya semenjak tahun 1993.

Tinjauan di laman sosial mendapati biarpun peminat bola sepak rata-ratanya sudah dapat mengagak perkara ini akan terjadi, namun masih ramai yang kecewa dengan nasib yang menimpa skuad kebangsaan.

Majoriti mengeluh dan tertanya-tanya tentang masa depan sukan nombor satu negara itu.

Mungkin juga sudah bosan dengan percaturan pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), kebanyakan penyokong dilihat memuat naik status bernada sinis.

Tidak ada lagi saranan, sebaliknya ucapan 'tahniah' dikirim mereka untuk badan induk bola sepak negara itu.








Kali terakhir ranking Malaysia jatuh teruk adalah pada tahun 2008, di mana ketika itu, Malaysia berada di kedudukan 170.

Kedudukan terbaik Malaysia dalam ranking FIFA adalah tempat ke 79 pada tahun 1993.