Rashford beri kemenangan kepada Man U pada minit ke-92

Astro Awani
November 3, 2018 23:10 MYT
Marcus Rashford menjaringkan gol kedua Manchester United pada perlawanan EPL antara pasukan itu dan AFC Bournemouth di Vitality Stadium, Bournemouth, Britain, 3 Nov, 2018. Action Images via REUTERS
JARINGAN pada minit-minit terakhir Marcus Rashford menyumbang tiga mata buat Manchester United setelah berjaya menundukkan Bournemouth 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Sabtu.
Bournemouth yang beraksi di laman sendiri membuka tirai jaringan seawal minit ke-11 menerusi jaringan penyerangnya Callum Wilson.
Tidak berputus asa, anak buah Jose Mourinho bangkit menyamakan kedudukan menerusi jaringan Anthony Martial pada minit ke-35 perlawanan.
Gol kemenangan The Red Devils dicatat pada minit ke-92 perlawanan menerusi jaringan Rashford, seterusnya mencipta kemenangan bergaya buat Manchester United.
Manchester United kini menghuni tangga ke-7 liga dengan 20 mata di belakang Bournemouth di tangga ke-6, juga dengan 20 mata.
#bola sepak #Bournemouth #EPL #Liga Perdana Inggeris #Manchester United #Marcus Rashford