'Revkan Padang Anda': Peminat bola menentang selebriti radio tempatan

Astro Awani
Jun 4, 2014 03:09 MYT
Sempena kehangatan bola sepak Piala Dunia, Kumpulan Radio Astro tidak ketinggalan mengadakan kempen Revkan Padang Anda.
Sempena kehangatan bola sepak Piala Dunia, Kumpulan Radio Astro tidak ketinggalan mengadakan kempen ‘Revkan Padang Anda’.
Menerusi kempen ini, peminat bola sepak tanah air berpeluang beraksi menentang selebriti radio tempatan.
Pusingan pertama akan berlangsung di Sungai Petani pada 7 Jun manakala dua lagi lokasi bakal diumumkan kemudian.
Kempen ini akan menyaksikan kemunculan bekas pemain kebangsaan seperti K. Sanbagamaran, B. Rajinikanth dan Shahril Arsat.
Selain itu, bekas pemain kebangsaan England, Teddy Sheringham dijangka membuat penampilan istimewa pada pusingan terakhir dijadualkan pada 21 Jun.
Menurut ketua pegawai eksekutif Radio Astro, Jake Abdullah, kempen ini dapat memupuk gaya hidup aktif dengan pembabitan di padang bola sepak.
“Kita akan tunjukkan kepada masyarakat tentang gaya hidup sihat dengan bersenam di padang. Hasrat saya adalah mahu melihat padang digunakan sebaik mungkin kerana banyak aktiviti yang boleh dilakukan. Mereka ada rukun tetangga dan ia berjaya. Tapi aktiviti padang tidak tahu hilang kemana. Jadi matlamat kami ialah semarakkan kembali gaya hidup sihat,” kata Jake.
Peserta yang berminat boleh menghubungi stesen-stesen pilihan seperti ERA fm, MY FM, Hitz fm, THR Raaga dan THR Gegar untuk memberikan cadangan.
Mereka kemudian perlu membuat pendaftaran sendiri dan nama padang di laman web www.revkanpadang.com.my.
Pemilihan terakhir adalah berdasarkan undian tertinggi mengikut senarai padang yang diterima.
#'Revkan Padang Anda' #Kumpulan Radio Astro #Piala Dunia