Rio 2016: Misi triple-triple 'Si Halilintar' Usain Bolt tercapai

Astro Arena
Ogos 20, 2016 02:44 MYT
Selepas memenangi 100m dan 200m pada awal acara olahraga, Bolt memacu kuartet Jamaica untuk emas acara 4x100 meter. - Foto AFP
Usain Bolt mencapai matlamatnya untuk menyempurnakan 'triple-triple' sambil Jamaica memenangi pingat emas acara 4x100 meter lelaki buat kali ketiga berturut-turut dalam temasya Olimpik,
Sudah pun mengesahkan statusnya selaku pelari terbaik dalam sejarah, Bolt bakal meninggalkan Rio 2016 -- yang dia tegaskan adalah medan terakhirnya -- setelah berjaya menyapu bersih acara pecut.
Selepas memenangi 100m dan 200m pada awal acara olahraga, Bolt memacu kuartet Jamaica untuk emas pada Jumaat, dengan catatan 37.27 saat, menewaskan kuartet Jepun yang meraih perak dan Amerika Syarikat dengan gangsa.
BACA: Saya mahu jadi legenda seperti Ali dan Pele - Bolt
VIDEO: Ibu mahu Usain Bolt kahwin
BACA: Menang separuh akhir 200 meter, Usain Bolt 'buat muka' lagi
#Olimpik Rio #Rio 2016 #Usain Bolt