Rio 2016: Pandelela-Jun Hoong hadiahkan kilauan perak untuk negara

Astro Arena
Ogos 9, 2016 23:46 MYT
Pandelela dan Jun Hoong membawa semangat buat kem terjun negara dan keseluruhan kontinjen menerusi kejayaan mereka. - Foto AFP
Pusat Akuatik Maria Lenk menghadirkan khabar ceria buat negara apabila gandingan Pandelela Rinong-Cheong Jun Hoong meraih pingat perak buat Malaysia di Sukan Olimpik Rio 2016 dalam acara terjun 10 meter platform seirama wanita.
344.34 mata yang dikumpul Pandelela-Jun Hoong masih belum memadai untuk memintas peserta China, Chen Ruolin-Liu Hui Xia apabila dipisahkan 9.66 mata.
Pemenang pingat emas itu mengumpul 354 mata, sementara gangsa menjadi milik gandingan Kanada, Meaghan Benfeito-Roseline Filion (336.18 mata)
Kejayaan itu mengatasi pencapaiannya di London 2012, apabila meraih gangsa dalam acara 10 meter platform.
#Cheong Jun Hoong #Olimpik Rio #Pandelela Rinong #Rio 2016 #terjun