MANCHESTER UNITED 4 NEWCASTLE UNITED 1
Cristiano Ronaldo mendedahkan bahawa dia "amat gementar" menjelang penampilan pertamanya buat Manchester United ketika menentang Newcastle United dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) malam tadi.
Bekas penyerang Juventus itu menghidupkan suasana di Old Trafford dengan membuka jaringan pada penghujung separuh masa pertama dan kembali meletakkan pasukan tuan rumah itu di depan selepas gol penyamaan Javier Manquillo.
Bruno Fernandes dan Jesse Lingard kemudian turut menemui sasaran bagi melengkapkan kemenangan bergaya skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer itu, yang kini mengumpulkan 10 mata daripada empat perlawanan pertama musim ini.
Pada usia 36 tahun dan 218 hari, bintang Portugal, Ronaldo, menjadi pemain tertua menjaringkan dua gol dalam EPL sejak Graham Alexander melakukannya buat Hull City pada April 2010 (38 tahun dan 182 hari).
Kepulangannya ke pangkuan United sejak 12 tahun lalu tampak sempurna tetapi Ronaldo mengakui bahawa dia berasa sedikit tertekan untuk membuktikan dia masih mampu memberikan sumbangan buat The Red Devils.
"Saya tidak jangka akan menjaringkan dua gol, saya sangka hanya satu tetapi (dapat jaringkan) dua gol. Saya perlu menghargai penyokong dan apa yang telah mereka lakukan untuk saya hari ini. Saya berasa amat bangga," katanya kepada BBC Sport.
"Perkara paling penting adalah kemenangan. Manchester (United) perlu berada di mana mereka sepatutnya berada. Ia demi kemenangan, demi membina pasukan ini dan membina kelab ini dan membina mentalitinya.
"Itulah yang ingin kami lakukan. Sudah pasti saya gembira untuk menjaringkan gol, saya tidak dapat menafikannya tetapi perkara paling penting adalah pasukan ini dan pasukan ini telah bermain dengan baik.
"Ia sukar dipercayai. Apabila saya memulakan perlawanan ini, saya amat gementar, saya berani bersumpah. Ia sesuatu yang normal kerana saya tidak menjangkakan mereka akan menyanyikan nama saya sepanjang perlawanan.
"Saya amat gementar, mungkin saya tidak menunjukkannya tetapi itulah yang saya rasakan. Saya amat gementar dan berfikir sepanjang malam bahawa saya mahu bermain baik dan membuktikan saya masih mampu membantu pasukan ini.
"Penerimaannya amat luar biasa tetapi saya berada di sini untuk menang dan membantu pasukan. Kelab ini amat luar biasa dan saya amat berbangga. Saya akan memberikan segala-galanya untuk membuatkan mereka berbangga dengan saya.
"Semua orang tahu bola sepak di England berbeza dengan tempat lain di dunia dan sejujurnya, ia adalah yang paling istimewa. Saya tiba di sini pada usia 18 tahun dan mereka melayan saya dengan amat luar biasa dan kerana itulah saya kembali ke sini," katanya.
Ronaldo berpeluang untuk kembali mewakili United dalam Liga Juara-Juara Eropah (UCL) apabila mereka bertandang ke Swizerland untuk berdepan Young Boys awal pagi Rabu ini.
Astro Arena
Sun Sep 12 2021
Aksi Ronaldo yang melompat tinggi selepas menjaringkan gol kedua pasukannya ketika perlawanan EPL antara Manchester United dan Newcastle United di stadium Old Trafford, Manchester, England, 11 Sept, 2021. (Foto AP)
PM Haiti serah surat peletakan jawatan
Ariel Henry serah surat letak jawatan selepas tidak henti berdepan tekanan antarabangsa bagi mengawal kekacauan kumpulan pengganas di negara itu.
Freedom Flotilla to Gaza: Pendaftaran kapal misi di negara lain mungkin memakan masa
Belum jelas sama ada FFC akan beli atau mendaftar di negara yang kecil seperti Panama atau Liberia.
Freedom Flotilla to Gaza: Penangguhan pelayaran taktik Israel gagalkan misi - FFC
Menurut Fauziah, tekanan demi tekanan akan terus diberikan bagi memastikan misi ini gagal sepenuhnya.
Freedom Flotilla to Gaza: Pelayaran sekali lagi ditangguh, Israel didakwa terus cetus kekacauan - FFC
Rejim Israel terus-menerus mahu menghalang pergerakan kapal-kapal terlibat dalam misi ini.
Taikun Vietnam dihukum penjara 8 tahun kerana tipu pelabur AS$40 juta
Tran Qui Thanh didapati bersalah menipu pelabur berhubung pinjaman yang dikeluarkan pada 2019 dan 2020.
Negara perlu beri pengajaran tegas, haramkan Bruce Gilley
Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia.
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
EPL: Pertahan teman wanita, Rice buktikan masih wujud lelaki budiman
Pemain tengah Arsenal Declan Rice memuji teman wanita Lauren Fryer dan mempertahankannya selepas beberapa kumpulan pembenci memalukannya.
Van Dijk mahu pemain Liverpool lihat cermin
Gol setiap babak bermula dengan minit ke-27 diikuti minit ke-58 juga menyaksikan peluang Liverpool untuk merangkul kejuaraan EPL semakin samar.
EPL: Dua bintang remaja ditahan kerana disyaki merogol
Dua pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris telah ditangkap pada hujung minggu kerana disyaki merogol dan melakukan serangan.
EPL: Ten Hag anggap reaksi ke atas kemenangan MU umpama 'penghinaan'
Kemenangan yang diraih MU bukan sesautu yang memalukan, reaksi sesetengah pihak berlebihan, bidas Ten Hag.
EPL: Kai Havertz pastikan Arsenal menang bergaya tewaskan Chelsea
Kemenangan itu meletakkan Arsenal tiga mata di hadapan Liverpool yang kini berada di tangga kedua dengan bermain lebih satu perlawanan.
Perkara mungkin berbeza di Man Utd andai Mourinho terima sokongan seperti Ten Hag
Jose Mourinho percaya kerjayanya di Manchester United mungkin lebih berjaya sekiranya dia diberi kepercayaan yang sama seperti Erik ten Hag.
Mourinho dikaitkan jadi jurulatih Liverpool
Kehadiran Mourinho itu menyebabkan peminat Liverpool mula membincangkan kemungkinan pengurus Portugal itu menggantikan Jurgen Klopp.
EPL: Liverpool kembali temui rentak kemenangan
Jurgen Klopp puji prestasi separuh masa kedua sempurna yang disajikan Liverpool selepas mereka memuktamadkan kemenangan 3-1 di Fulham.
EPL: Emery bangga Villa ukir kebangkitan menakjubkan
Setelah ketinggalan satu gol pada minit ke-31, tuan rumah mengubah kedudukan dengan Morgan Rogers menyamakan kedudukan pada masa kecederaan.
Pertelingkahan Jackson-Madueke bayangi empat gol Palmer buat Chelsea
Dua pemain Chelsea terlibat dalam pertengkaran fizikal mengenai siapa yang harus bertanggungjawab mengambil sepakan penalti.