Crsitiano Ronaldo yang kini dalam sesi latihan bersama pasukan Portugal dilihat berada dalam keadaan berjaga-jaga selepas menghadapi kecederaan pada lutut kiri, dimana pasukan tersebut bakal berdepan dengan pasukan Jerman kira-kira dua hari sahaja lagi.

Penyerang handalan itu turut menyertai sesi memanaskan badan di hadapan pemberita yang sedang memerhatikan gerak gerinya namun beliau berhati-hati tidak memberi tekanan kepada lututnya ketika skuad tersebut meneruskan latihan melompat.

Semua mata memerhatikan kecederaan pada paha dan lutut Ronaldo walaupun beliau kembali bermain selama 65 minit dengan Ireland untuk perlawanan pemanas badan minggu ini.

Kecergasan penyerang Real Madrid itu amat penting buat Portugal kerana ia telah mencetuskan kebimbangan masalah lutut yang berulang selepas beliau dilihat meletakkan ais di lututnya semasa sesi latihan pada Khamis.

Pada Jumaat, pemain tengah baru, William Carvalho memberi jaminan bahawa Ronaldo kini berada dalam keadaan ‘100 peratus cergas’.