Rose: Walker adalah bek-kanan terbaik di EPL

Astro Arena
Januari 14, 2017 01:50 MYT
Danny Rose berkata persaingan di antara dirinya dan Kyle Walker (gambar) merupakan kunci kejayaannya.
PERTAHANAN Tottenham, Danny Rose menyifatkan rakan sepasukannya, Kyle Walker merupakan bek-kanan terbaik di dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) serta memberitahu persaingan di antara mereka telah membantu meningkatkan mutu permainannya.
Rose kini menjadi pemain paling lama berkhidmat buat Spurs sejak berhijrah dari Leeds United pada 2007 dan telah bekerjasama bersama bekas pemain Sheffield United, Walker sejak 2009.
Gandingan ini dilihat sebagai pemain paling konsisten di dalam skuad kendalian Mauricio Pochettino dan Rose memberitahu persaingan di antara dirinya dan Walker merupakan kunci kejayaannya.
"Pada pendapat saya, dia adalah bek-kanan terbaik di dalam liga. Saya tidak memberitahunya sebelum ini tetapi saya sentiasa mahu memberikan lebih daripadanya," kata Rose kepada Sky Sports.
"Saya melihat apa yang telah dilakukannya - berapa banyak hantaran silang yang telah dihasilkannya, lariannya yang membantu jentera serangan dan kembali bertahan - saya sedang cuba sedaya upaya untuk menyamainya.
"Sejujurnya, Walker merupakan antara pemain yang paling kecil dan kurus pernah saya bertemu. Saya tidak percaya transformasi yang telah dihasilkannya untuk menjadi pemain yang berkualiti seperti sekarang."
#Danny Rose #EPL #Kyle Walker #Liga Perdana Inggeris #Tottenham