Pendahuluan kejuaraan Motorsikal Grand Prix Dunia (MotoGP), Valentino Rossi membayangkan dia mungkin tidak akan mengambil bahagian dalam perlumbaan getir untuk menentukan gelaran dunia susulan hukuman akibat perlanggaran dengan Marc Marquez.
Pelumba Yamaha itu dikenakan denda bermula di petak paling belakang dalam perlumbaan terakhir di Valencia selain dikenakan penalti tiga mata semasa GP Malaysia.
Rossi yang mendahului pemburuan gelaran dengan tujuh mata dihadapan Jorge Lorenzo berkata, penalti itu merampas gelaran ke-10 Kejuaraan Dunia.
Dalam pada masa yang sama, penunggang Itali itu menafikan sekeras-kerasnya sengaja menendang Marquez, sehingga menyebabkan penyandang juara dunia itu terbabas dalam perlumbaan Ahad lalu.
"Kita perlu tengok dahulu sama ada saya akan ke pergi (ke Valencia). Hukuman itu hampir muktamad, untuk bermula di petak terakhir di Valencia bermakna tiada peluang langsung.
"Dengan ini kejuaraan ini diputarbelit. Saya telah memberi segalanya untuk memenangi gelaran ini," kata Rossi.
Katanya, tewas dalam perlumbaan merupakan satu perkara, namun tewas dengan cara ini lebih memedihkan.
"Marquez akan membiarkan Lorenzo mendahuluinya dalam pusingan terakhir (di Valencia)," tambah Rossi.
Astro Arena
Tue Oct 27 2015
Rossi menafikan sekeras-kerasnya sengaja menendang Marquez, sehingga menyebabkan penyandang juara dunia itu terbabas dalam perlumbaan Ahad lalu.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Alex Marquez sah juara dunia Moto2 di Litar Antarabangsa Sepang
Alex mengumpul 262 mata manakala abangnya, Marc, sudah merangkul gelaran juara dunia kelas MotoGP lebih awal di GP Thailand, bulan lalu.
Pedrosa menang di Malaysia, Marquez kekal pendahulu kejohanan
Pelumba Sepanyol Dani Pedrosa dari Pasukan Repsol Honda menjulang kejuaraan kedua dalam perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia.
Marquez juara MotoGP Amerika Syarikat
Pelumba Repsol Honda, Marc Marquez melebarkan kedudukan pendahulu keseluruhan musim ini selepas menjuarai saingan Grand Prix Amerika Syarikat.