ANTONIO Rudiger berkata sekatan yang dikenakan ke atas Chelsea oleh kerajaan United Kingdom (UK) bukanlah alasan di sebalik keputusannya untuk meninggalkan kelab itu.
Pemain pertahanan Jerman itu telah menjadi pemain penting untuk Thomas Tuchel di Chelsea tetapi tidak bersetuju dengan kontrak baharu.
Oleh itu, bekas bek tengah Roma itu akan pergi pada penghujung musim, dalam perpindahan percuma, dengan Real Madrid bakal destinasinya.
Rudiger telah membantu Chelsea ke empat perlawanan akhir Piala FA - memenangi satu - dan satu kejayaan Liga Juara-Juara sejak menyertai pada 2017.
Piala Super UEFA, Liga Europa dan Piala Dunia Kelab FIFA juga termasuk dalam penghormatannya.
Apabila mengesahkan bahawa Rudiger telah meminta untuk meninggalkan Chelsea pada April, Tuchel mencadangkan faktor sekatan yang dikenakan ke atas pemilik kelab, Roman Abramovic, ekoran pencerobohan Rusia ke atas Ukraine, bermakna The Blues tidak dapat menandingi tuntutan kewangan pemain berusia 29 tahun itu.
Rudiger, bagaimanapun menegaskan, sekatan itu tidak memberi kesan ke atas keputusannya.
“Saya tidak mahu terlalu mendalami perkara ini,” katanya.
“Ada peluang, tetapi sekatan bukan masalahnya. Sudah lima tahun, dengan jatuh bangun, seperti biasa.
"Terdapat banyak perkara positif, tetapi itulah sebabnya saya lebih kecewa, kerana saya mahu mempunyai pengakhiran yang berbeza.
"Ia mengenai kedua-dua pihak. Chelsea hebat buat saya dan saya juga hebat buat Chelsea. Saya sangat, sangat berterima kasih - saya dan keluarga saya.
"Saya menjadi pemain berpengalaman di sini. Anak-anak saya dilahirkan di sini, dan segala-galanya. London, dan terutamanya Chelsea, akan sentiasa istimewa untuk saya."
Astro Arena
Mon May 16 2022
Rudiger (kanan) menegaskan bahawa sekatan yang dikenakan kerajaan UK ke atas pemilik kelab, ekoran pencerobohan Russia ke atas Ukraine, tidak memberi kesan terhadap keputusannya. - Gambar fail/AP
Xiaomi lancar kereta elektrik Xiaomi SU7, harga bermula RM141,500
Xiaomi semalam secara rasminya telah melancarkan kereta elektrik mereka yang pertama dinamakan Xiaomi SU7 untuk pasaran China.
X akan tawar ciri premium percuma jika ada lebih 2,500 pengikut disahkan
ELON Musk memaklumkan perubahan pada penawaran ciri-ciri X kepada semua akaun.
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
Penguasaan asas teknologi AI sangat penting untuk pelajar
Penguasaan terhadap asas AI adalah perlu dan penting seiring dengan penguasaan 3M (menulis, mengira dan membaca).
Pasaran saham ST1 positif, dijangka berterusan sehingga H2
Pasaran FBM KLCI mencatat prestasi baik dengan pulangan sekitar 5.7%. Imran Yassin Md Yusof, Ketua MIDF Research, menjangkakan sentimen positif akan berterusan sehingga separuh kedua tahun ini. Sektor cemerlang termasuk utiliti, hartanah, dan pembinaan.
Jaringan lewat Rudiger selamatkan Real Madrid diaib Shakhtar
Trubin dapat meneruskan hingga saat akhir, tetapi Rudiger terpaksa meninggalkan padang kerana mengalami banyak pendarahan.
Rudiger perjelas penggantungan Chelsea bukan faktor penghijrahannya
Rudiger telah menjadi pemain penting untuk Thomas Tuchel di Chelsea tetapi tidak bersetuju dengan kontrak baharu.
Chelsea turun tanpa Rudiger
Thomas Tuchel mengakui ketiadaan Rudiger bakal memberi impak besar kepada bahagian pertahanan Chelsea.
Rudiger mohon maaf cederakan De Bruyne menjelang Euro 2020
Rudiger berkata dia benar-benar menyesal dengan padah daripada pertembungan itu, yang menyaksikan dia dilayangkan kad kuning dan perancang Manchester City berkenaan terpaksa dikeluarkan.
UCL: Stefan Savic digantung empat perlawanan
Savic dikenakan tindakan disiplin oleh UEFA kerana 'menyerang pemain lain', dan juga 'mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pengadil perlawanan'.
Chelsea tidak tolak lepaskan Rudiger, Hudson-Odoi
Rudiger belum tampil bersama Chelsea musim ini dan diketepikan ketika mereka tewas 0-2 kepada Liverpool di Stamford Bridge, Isnin lalu.