RWC 2019: Ireland tundukkan Scotland 27-3

Fareez Azman
September 22, 2019 11:34 MYT
Ireland berjaya menundukkan lawan Scotland 27-3 di Stadium Antarabangsa Yokohama. - Foto Twitter @rugbyworldcup
Kejohanan Piala Dunia Ragbi 2019 menyaksikan pasukan Ireland menundukkan Scotland 27-3 di Stadium Antarabangsa Yokohama pada Ahad.
Hanya lima minit perlawanan bermula, Ireland meraih lima mata menerusi 'try' dari James Ryan.
Pasukan itu mengutip dua lagi mata apabila Johnny Sexton menyempurnakan 'conversion' pada minit ketujuh.
Ireland sekali lagi memungut lima mata menerusi 'try' dari Rory Best pada minit ke-13, namun 'conversion' gagal disempurnakan oleh Sexton.
Percubaan demi percubaan pemain Scotland akhirnya membuah hasil apabila Greig Laidlaw dihadiahkan penalti dengan tiga mata.
Bagaimanapun benteng pertahanan Scotland dilihat mudah ditembusi lawan apabila 'try' dari Tadhg Furlong menambah lima mata kepada Ireland.
Ia diikuti conversion oleh Ireland menerusi Conor Murray yang menambah dua lagi mata buat pasukan itu.
Masuk ke separuh akhir kedua, pasukan Ireland terus menghukum Scotland menerusi percubaan Andrew Conway pada minit ke-55 menambah lima lagi mata.
Ireland sekali lagi dihadiahkan penalti yang berjaya disempurnakan Jack Carty menambah tiga lagi mata sehingga ke akhir perlawanan.
Ireland bakal berdepan pasukan tuan rumah Jepun pada perlawanan suku akhir yang dijadualkan pada 28 September depan.
#Ireland #James Ryan #Piala Dunia Ragbi 2019 #Rory Best #RWC 2019 #Scotland