KUALA LUMPUR: Sabah FC yang bermain di laman sendiri malam tadi beraksi cemerlang menewaskan Perak FC 3-1 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Likas, Kota Kinabalu.
Anak buah Datuk Ong Kim Swee bermula garang apabila membuka tirai jaringan seawal minit keempat menerusi rembatan kencang Darren Lok yang membuat susulan terhadap sepakan percuma Baddrol Bakhtiar sekali gus menafikan ketangkasan penjaga gawang pelawat, Bryan See.
Kedua-dua pasukan kemudiannya masing-masing cuba mengatur serangan namun kelebihan berpihak kepada skuad tuan rumah apabila berjaya menambah jaringan melalui sepakan padu Park Tae Su di dalam kotak penalti pada minit ke-32, sebelum Kapten Sang Badak Baddrol menambah jaringan lapan minit kemudian.
Anak buah Datuk Lim Teong Kim cuba bangkit pada babak kedua perlawanan apabila pemain gantian Harith Naim berjaya membolosi gawang Sabah FC dengan sepakan kencang untuk menghadiahkan gol sagu hati buat pasukannya, namun terpaksa akur apabila keputusan kekal 3-1 sehingga tiupan wisel penamat.
Sementara itu, PDRM FC menang bergaya dengan menewaskan tuan rumah Kelantan FC 4-1 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi.
Pasukan pelawat cemerlang membuka jaringan menerusi pemain import Marcus Macauley seawal minit ke-15 perlawanan apabila mudah menolak masuk bola hantaran lambung rakan pasukan dalam kotak penalti tuan rumah, sebelum Nabil Ahmad Latpi menambah jaringan pada minit ke-33.
Bersambung babak kedua perlawanan, Sang Saka Biru yang memperkemaskan jentera serangan berhasil mendapatkan jaringan ketiga menerusi pemain import Uche Agba pada minit ke-65, sebelum Bruno Suzuki mengesahkan lagi kemenangan pada waktu kecederaan.
Bagaimanapun, pemain import Kelantan FC, Miguel Cifuentes berjaya memperoleh gol saguhati buat pasukannya menerusi tandukan pada masa tambahan perlawanan sebelum wisel penamat dibunyikan dengan keputusan 4-1.
Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan FC (NSFC) pula terpaksa akur dengan kutipan satu mata apabila berkongsi jaringan 3-3 dengan Kelantan United malam tadi.
Pasukan tuan rumah dibolosi gol pendahuluan pemain import lawan, Jose Elmer Porteria pada minit ke-14 akibat kesilapan pemain pertahanan NSFC di depan pintu gol.
Pasukan pelawat terus menghukum pertahanan tuan rumah dengan rembatan kencang Muhammad Syazwan Salihin pada minit ke-32 di depan pintu gol menewaskan penjaga gol Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman.
Tersentak dengan jaringan itu, NSFC bangkit dengan jaringan pertama pasukan oleh Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi selang empat minit kemudian, dan pada babak kedua perlawanan, NSFC lebih menguasai permainan dengan hantaran bola dan larian pantas Selvan Anbualagan namun penyudah yang tumpul di bahagian serangan menyukarkan tuan rumah mencipta jaringan.
Rembatan kencang pemain gantian Mohd Hafiz Ramdan untuk gol penyamaan pada minit ke-71 menaikkan semangat NSFC tetapi Kelantan United kemudiannya dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan kapten pasukan Indra Putra Mahayuddin pada minit ke-80.
Bagaimanapun, Filemon Anyie Standly berhasil menyamakan kedudukan pada masa kecederaan separuh masa kedua untuk memastikan tuan rumah tidak pulang dengan tangan kosong.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 23 2023
Pemain pasukan Perak FC Mohammad Alif gagal mengimbangi badan ketika cuba melepasi kawalan pemain pertahanan pasukan Sabah FC pada saingan Liga Super di Stadium Likas. - Foto BERNAMA
UAE salur AS$544 juta baiki rumah penduduk yang rosak akibat hujan
UAE meluluskan pakej bernilai AS$544 juta untuk membantu membaiki kediaman penduduk yang terjejas semasa cuaca buruk baru-baru ini.
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kedah selamat, kekal beraksi dalam saingan Liga Super
Kedah Darul Aman FC berjaya menyelesaikan tunggakan gaji bagi tahun 2023 sekali gus dibenarkan beraksi dalam saingan Liga Super musim ini.
Perak tagih sentuhan penyerang import perkuat jentera serangan
Ia cabaran yang perlu dihadapi pemain import itu memandangkan tempoh yang ada untuk melakukan persediaan berbaki kurang tiga minggu.
KDA FC mohon penyokong bantu pasukan
Katanya, setakat 3 petang semalam, pihak pengurusan berjaya mengumpul 90 peratus daripada dana yang diperlukan.
"Saya masih Faisal Halim yang sama"
Ada waktu kita dipuji melambung dan ada waktu kita dihina dan dikritik, kata Miki.
KDNFC bawa masuk tiga lagi pemain import sertai Liga Super
Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) membawa masuk tiga lagi pemain import bagi melengkapkan skuad Liga Supernya dalam menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2024/25.
Pra-musim: JDT tampil segak, seragam bertolak ke Sepanyol
Johor Darul Ta'zim (JDT) menuju ke Sepanyol untuk persiapan akhir sempena menghadapi kempen Liga Malaysia, bulan depan.
Perlawanan Piala Sumbangsih 2024 berlangsung 10 Mei
Saingan Liga-M musim depan akan membuka tirai dengan aksi Piala Sumbangsih antara JDT dan Selangor FC pada 10 Mei.
Penjaga gol 'bertopeng' JDT cetus tanda tanya
Johor Darul Ta'zim (JDT) menampilkan kelainan ketika memperkenalkan jersi baharu bagi barisan penjaga gol menjelang musim baharu Liga Super.
Liga belum mula, tiga mata Kedah Darul Aman sudah dipotong
KDA FC telah diberikan masa untuk menyelesaikan keseluruhan tunggakan gaji berkenaan pada 30 Mac lalu, namun kelab itu gagal mematuhinya.