'KEPUTUSAN itu tiada kaitan dengan wang ringgit' itu penjelasan perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia, berhubung beberapa dakwaan tentang keputusannya untuk bergerak secara profesional.
Apatah lagi selepas kenyataannya mendedahkan gaji bulanan diraih RM8,000.
Bagaimanapun, segala jawapan akan didedahkan hari ini (Jumaat) dalam satu sidang media bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Zii Jia mengakui tidak dapat memuaskan hati semua peminat badminton tanah air dengan keputusan dibuat sehingga ada yang mengatakan bahawa pemenang pingat emas kejohanan Seluruh England 2021 itu ditawarkan nilai lumayan selepas berundur dari BAM.
Zii Jia juga tampak sudah bersedia mengharungi perjalanan karier baru sebagai pemain profesional apabila menyedari bahawa laluan yang dipilih itu tidak mudah.
Pemain berusia 23 tahun berkenaan telah menghantar surat peletakan jawatan 11 Januari lalu, dan membuat keputusan rasmi tentang spekulasi ini.
"Saya enggan menjelaskan terlalu banyak perkara ini, ramai yang mengeluarkan andaian bahawa ia mengenai wang yang lebih lumayan menjadi punca saya tinggalkan BAM, saya tidak boleh mengulas panjang buat masa ini, selepas BAM membuat pengumuman, saya akan memberikan penjelasan," kata Zii Jia.
"Sebelum ini, rakan saya, Lai Pei Jing juga menjelaskan bahawa sukar untuk bergerak sebagai pemain profesional dan BAM memiliki fasiliti terbaik. Buat masa ini, saya akan menunggu keputusan pihak BAM."
Sementara itu, Zii Jia turut menjelaskan ada berbincang dengan barisan kejurulatihan tentang keputusan tersebut, namun dia seolah sudah nekad dan enggan melibatkan campur tangan mereka.
Astro Arena
Thu Jan 20 2022
Zii Jia menjelaskan ada berbincang dengan barisan kejurulatihan tentang keputusan meninggalkan BAM, namun dia seolah sudah nekad dan enggan melibatkan campur tangan mereka. - Gambar fail
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Badminton Masters Malaysia: Lee Zii Jia pilihan ke-8 kejohanan
Lee Zii Jia bakal menjadi pemain pilihan kelapan kejohanan Badminton Masters Malaysia dalam kategori perseorangan lelaki.
Piala Thomas: Zii Jia ikuti program latihan bersama Tat Meng
Perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia akan meneruskan program latihan yang telah dirancang oleh Pengarah Kejurulatihan TeamLZJ, Wong Tat Meng.
Sukan Olimpik: Malaysia secara tidak rasmi sudah ada 17 wakil ke Paris 2024
Kontinjen negara secara tidak rasmi kini telah memiliki 17 atlet yang akan bersaing dalam Sukan Olimpik Paris 2024 pada Julai depan.
Isu pampasan: Patriotisme perlu atasi perkara lain
Menurutnya, keputusan BAM memperlihatkan betapa terdesaknya badan induk itu untuk mendapatkan khidmat pemain berkenaan.
Zii Jia sertai skuad negara ke Piala Thomas 2024
Selain Zii Jia, turut tersenarai pemain di ranking ke-18 Ng Tze Yong yang mendapat pelepasan sementara oleh pasukan perubatan untuk beraksi dalam kejohanan berpasukan berprestij itu.
Piala Thomas: Status penyertaan Zii Jia terjawab esok - Rexy
Teka teki di sebalik penyertaan pemain profesional negara Lee Zii Jia, ke dalam skuad Piala Thomas 2024 di Chengdu, China, bakal diketahui esok.
BAC 2024: Zii Jia ke suku akhir
Jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia menepati ramalan mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024, selepas mengetepikan cabaran wakil Taiwan Chou Tien Chen hari ini.
Zii Jia ketuai kemaraan pemain negara di BAC 2024
Jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia mengetuai kemaraan Malaysia melepasi halangan di pusingan pertama Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China hari ini.
Zii Jia cari semangat Manila 2022 di Ningbo 2024
Lee Zii Jia tekad memastikan momentum beliau kembali berada pada tahap terbaik dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China.
Zii Jia belum pasti beraksi di Piala Thomas 2024 - Rexy
Pemain lelaki profesional negara Lee Zii Jia masih belum pasti beraksi di Piala Thomas 2024 susulan Team LZJ sedang merangka perancangan terbaik.