Saya masih terlalu muda untuk bersara - Jose Mourinho

Astro Awani
Januari 18, 2019 02:27 MYT
Jose Mourinho meninggalkan kediamannya selepas dipecat sebagai pengurus Manchester United, di Manchester, Britain, 18 Dis, 2018. REUTERS/Fail
Bekas pengurus Manchester United Jose Mourinho mengakui dirinya terlalu muda untuk bersara.
Bercakap kepada sebuah stesen televisyen di Doha, Qatar, Mourinho, 55 tahun, berkata dia masih layak untuk berada di peringkat tertinggi.
"Saya mahu melatih. Saya layak berada di peringkat tinggi dalam bola sepak. Dan saya mahu membawa sesebuah pasukan ke peringkat tertinggi.
"Saya masih terlalu muda, saya memang sudah sangat lama dalam bola sepak, tetapi dalam beberapa minggu lagi saya akan berusia 56 tahun, saya masih terlalu muda," katanya.
BACA: Mourinho jadi pengulas TV selepas nafi sertai Benfica
Ia merupakan kenyataan pertama beliau selepas dipecat dari Manchester United pada 18 Disember tahun lalu.
#bersara #bola sepak #Jose Mourinho #jurulatih #Manchester United #pemecatan #pengurus #Qatar