Seramai 2,933 warga media yang terdiri dari wartawan dan jurugambar tempatan serta global bakal bertugas pada kejohanan Sukan SEA ke-29 dan Sukan Para ASEAN ke-9 kali ini.
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, ia pentas menguji hasil kerja petugas media selepas banyak pelaburan dibuat agensi masing-masing.
Jelasnya, jumlah petugas kali ini juga hampir tiga kali lebih besar berbanding Sukan SEA Singapura pada 2015.
"Bukan itu sahaja, KL2017 juga bakal membuat liputan siaran langsung paling komprehsif di mana sebanyak 28 acara sukan disarkan secara langsung, iaitu satu sejarah terbaik Sukan SEA yang amat kita banggakan.
"Di Malaysia sahaja, lapan saluran dikhaskan untuk siaran temasya sukan ini. Kami juga menjangkakan tempoh siaran sebanyak 30 jam sehari yang dapat ditonton oleh orang ramai melalui RTM, Astro Arena dan Media Prima sepanjang temasya Sukan SEA berlangsung," katanya.
Khairy berkata demikian semasa berucap pada Majlis Pelancaran Pusat Media Utama (MPC) dan Pusat Penyiaran Antarabangsa (IBC) di sini hari ini.
BACA: Lagu tema Sukan SEA 2017, 'Bangkit Bersama' dilancar
BACA: Tiga juara dunia diumum pembawa Jalur Gemilang di Sukan SEA 2017
MPC dan IBC terletak di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia yang baru sahaja dibina dan kedua-duanya berdekatan bagi memudahkan urusan sesama media.
secara keseluruhannya, terdapat 744 stesen kerja yang disediakan untuk rakan media kawasan seluas lebih kurang 35,000 kaki persegi
Sementara IBC pula akan menempatkan sembilan penyiar utama daripada empat negara.
Penyiar lain adalah TVRI dan SCTV dari Indonesia, TPT dari Thailand, VTV dan HTV dari Vietnam serta Mediacorp dari Singapura
Bagi produksi siaran langsung sepanjang temasya, RTM, Astro Arena dan Media Prima akan bekerja rapat dengan pasukan produksi dari Mediacorp, TPT, SCTV, NEP dan GForce.
Dalam pada itu jelas Khairy, banyak kemudahan yang disediakan di IPC dan MPC untuk pengalaman bertugas yang lebih selesa.
"Kemudahan bukan sahaja di sini tetapi sama di lokasi pertandingan lain. Walaupun mungkin berskala lebih kecil, sejajar dengan keluasan venue pertandingan itu sendiri.
"Saya percaya tidak akan ada lagi masalah media perlu duduk di atas lantai atau perlu menunggu lama untuk menggunakan sumber kuasa (power points).
"Pihak media semua hanay perlu menumpukan perhatian mereka kepada tugas yang telah diamanahkan dalam memastikan yang terbaik dapat mereka berikan," ujarnya.
Katanya lagi, satu pasukan berita turut ditubuhkan Jawatan Kuasa Pengelola Malaysia (MASOC) yang terdiri daripada 60 wartawan serta jurugambar mereka sendiri.
"Mereka akan memuat naik maklumat dan berita rasmi ke aset digital KL2017 iaitu laman web, Instagram, YouTube, Facebook dan Twitter.
"Lebih itu lagi, aset digital ini khususnya akaun rasmi YouTube KL2017 akan menempatkan siaran langsung kepada 28 disiplin sukan di mana dua saluran akan bersiaran langsung dan 13 lagi adalah saluran on-demand," jelasnya.
Temasya sukan SEA ke-29 akan bermula pada pada 19 Ogos dan akan berakhir pada 31 Ogos dimana tumpuan juga pada sambutan Hari Kebangsaan yang ke-60.
Wan Syamsul Amly
Thu Aug 10 2017
KJ: Seramai 2,933 warga media yang terdiri dari wartawan dan jurugambar tempatan serta global bakal bertugas pada kejohanan Sukan SEA ke-29. - Gambar fail
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Harimau Malaya sedia hadapi segala kemungkinan - Vincente
Vicente mengakui skuad negara berdepan cabaran getir dan bersedia menghadapi segala kemungkinan apabila menentang juara bertahan Thailand pada aksi Piala ASEAN 2024 malam esok.
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini
Penyaluran tenaga elektrik hijau pertama dengan kapasiti 50 megawatt (MW) dari Malaysia ke Singapura bermula hari ini, kata Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
Vicente yakin Malaysia layak ke Piala Asia 2027
Vicente yakin skuad Harimau Malaya mampu layak ke Piala Asia 2027 meskipun berdepan cabaran sengit pasukan pilihan, Vietnam, pada saingan peringkat kumpulan kempen kelayakan tahun depan.
Ringgit ditutup sedikit rendah pada waktu ketidaktentuan Timur Tengah, menjelang data CPI AS
Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa kerana pelabur berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan di Timur Tengah.
ASEAN model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan - Mohamad
ASEAN tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai "zon penampan" antara kuasa besar dunia tetapi sebagai model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan.