SELBATC: Aaron-Wooi Yik bangkit pastikan kemenangan kedua Malaysia

Astro Arena
Februari 17, 2024 11:04 MYT
Bertemu Akira Koga-Taichi Saito, Aaron-Wooi Yik terpaksa ketinggalan terlebih dahulu apabila tewas 21-15 dalam set pertama. - Gambar fail/Bernama
BEREGU lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, melakar kebangkitan luar biasa untuk memastikan mata kedua sekali gus hanya selangkah untuk mara ke final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (SELBATC) sebentar tadi.
Aaron-Wooi Yik turun sebagai pemain kedua selepas Lee Zii Jia meraih mata pertama dalam aksi pertama mengatasi Kenta Nishimoto.
Bertemu Akira Koga-Taichi Saito, Aaron-Wooi Yik terpaksa ketinggalan terlebih dahulu apabila tewas 21-15 dalam set pertama.
Bagaimanapun, ia tidak menjejaskan rentak pemain negara apabila mereka mengasak dengan pukulan demi pukulan sebelum menoktahkan kemenangan 21-17.
Dalam set penentuan, Aaron-Wooi Yik tidak menunggu lama dan memastikan mereka terus menghadirkan permainan cemerlang di gelanggang apabila mendahului 15-7 sebelum menoktahkan kemenangan 21-10.
*Artikel asal yang disiarkan di Stadium Astro
#Kejohanan Badminton Berpasukan Asia #beregu lelaki negara #Aaron Chia #Soh Wooi Yik #Separuh Akhir #Jepun