Sepanyol kini berada di suatu situasi yang sukar dimana maruah sebagai Juara Dunia akan ditentukan dalam perlawanan kedua Kumpulan B menentang Chile.
Sudah tentu, anak buah Vicente Del Bosque mahu melupakan episode malang pada perlawanan pembukaan menenentang Belanda tempoh hari dimana mereka dimalukan dengan kekalahan 1-5 dan kali ini mereka bertekad untuk menjadikan Chile sebagai batu locatan bagi mereka untuk memperoleh kemenangan-kemenangan berikutnya.
Persembahan kurang meyakinkan daripada Diego Costa dan juga Fernando Torres dijangka akan memberi peluang kepada penyerang terbaru kelab New York FC, David Villa diturunkan malam ini disamping mengekalkan beberapa pemain yang diturunkan ketika bertemu Belanda.
Keupayaan Chile dalam kumpulan ini juga tidak harus dipandang ringan kerana Chile hanya memerlukan satu sahaja lagi kemenangan untuk memastikan langkah mereka ke pusingan kedua dapat diteruskan dengan langkah bergaya.
Sekali lagi, serangan Chile disandarkan kepada pemain, Alexis Sanchez dibantu oleh Arturo Vidal dan Jean Beausejour.
Dalam satu lagi perlawanan antara Belanda dan Australia pula akan menyaksikan kedua-dua pasukan cuba mencari kemenangan untuk meneruskan saingan mereka dalam kejohanan ini.
Belanda yang masih dikenang dengan kejayaan mereka mengejutkan juara bertahan, Sepanyol pada Sabtu lalu tidak mahu terus leka dibuai dengan kejayaan tersebut kerana menurut Louis van Gaal, perjalanan pasukannya masih jauh dan belum selamat lagi.
Diatas kertas, Belanda dilihat tidak banyak mempunyai masalah untuk mencapai tiga mata berharga keatas Australia namun Australia yang tewas dalam perlawanan pertama dijangka akankemabli semula dengan kesebelesan terkuatnya dalam berdepan Belanda.
Belanda dijangka sekali lagi akan menyandarkan harapan mereka kepada gandingan tiga serangkai mereka iaitu Robin Van Persie, Arjen Robben dan Wesley Sneijder manakala Australia pula meletakkan Tim Cahill dan Mark Bresciano untuk mencari kemenangan pertama pasukan itu.
Satu lagi perlawanan Kumpulan A menemukan Cameroon dan Croatia dan kedua-dua pasukan yang tewas pada perlawanan pertama menjadikan medan perlawanan kedua ini untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu mata sebagai bekalan untuk perlawanan ketiga.
Croatia dijangka akan dapat memperoleh kemenangan jika diukur daripada corak permainan mereka ketika menentang Brazil dan kembalinya penyerang tinggi lampai, Mario Mandzukic yang menjalani penggantungan pada perlawanan pertama dijangka dapat membantu Croatia dalam usaha mendapatkan gol.
Cameroon pula perlu lebih menajamkan barisan serangan mereka yang dilihat tumpul ketika menentang Mexico dan tidak terlalu bergantung kepada Samuel Eto’o.
JANGKAAN ASTRO AWANI: Cameroon..1 Croatia..3, Australia..0 Belanda..4, Spain..1 Chile..1
Aizat Sharif
Wed Jun 18 2014
Sepanyol kini dalam tertekan dan terdesak untuk cari kemenangan berharga
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Letupan di The Hague: 5 mayat ditemukan, pencarian mangsa diteruskan
Pihak berkuasa Belanda mengesahkan penemuan lima mayat di bawah runtuhan sebuah bangunan pangsapuri yang sebahagiannya runtuh akibat letupan kuat pada pagi Sabtu.
Belanda hadkan penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol untuk kurangkan pencemaran bunyi
Kerajaan Belanda pada Jumaat mengumumkan rancangan untuk mengurangkan jumlah penerbangan di Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam bagi menangani pencemaran bunyi yang menjejaskan komuniti sekitar.
Belanda laksanakan pemeriksaan sempadan tambahan mulai 9 Dis
Belanda akan melaksanakan pemeriksaan sempadan tambahan secara sementara bermula 9 Dis bagi membendung "migrasi tidak teratur dan pemerdagangan manusia".
Penjara menanti pesalah MH17 jika keluar dari Rusia - Pendakwa raya
Menurut Digna van Boetzelaer, kerajaan Belanda tidak pernah meminta ekstradisi mereka kerana Rusia tidak mengekstradisi rakyatnya sendiri.
EURO 2024: Jaringan minit akhir Ollie Watkins pacu England mara ke final
Perlawanan separuh masa pertama menyaksikan England dan Belanda terikat 1-1 hasil jaringan 'roket' Xavi Simons dan Harry Kane.
EURO 2024: Belanda ditimpa musibah, kecewa dengan keadaan huru-hara
Belanda terkandas di platform stesen kereta api dan perlu melakukan penerbangan kecemasan untuk sampai ke venue pertandingan.
EURO 2024: Belanda bangkit benam Turkiye untuk ke separuh akhir
Belanda akan berdepan cabaran skuad The Three Lions dalam saingan peringkat separuh akhir saingan EURO 2024 minggu depan.
Malaysia, Belanda jalankan ekspedisi bawah air bersama
Malaysia dan Belanda menjalankan ekspedisi menyelam bersama ke lokasi dua bangkai kapal selam Tentera Laut Diraja Belanda dari Perang Dunia II di perairan Malaysia.
EURO 2024: Dua gol lewat Malen 'hantar' Belanda ke suku akhir
Donyell Malen menjaringkan dua gol lewat ketika Belanda menewaskan Romania 3-0 pada Selasa untuk mara ke suku akhir Euro 2024.
EURO 2024: Virgil van Dijk label sikap Belanda nyaris makan diri
Kekalahan 2-3 kepada Austria dalam perlawanan terakhir kumpulan menyaksikan skuad Oranje melepaskan peluang untuk mengungguli kumpulan.