SERENA Williams berkata dia "sedih dan terkejut" dengan kes yang menimpa pemain tenis China, Peng Shuai, yang keberadaannya masih menjadi misteri dan menimbulkan kebimbangan antarabangsa.
Juara grand slam acara beregu, Peng, dikatakan tidak ditemui sejak mendedahkan mengenai serangan seksual yang dialaminya dilakukan seorang bekas pegawai tertinggi kerajaan China.
Dia membuat satu hantaran dalam laman sosial China, Weibo, mendakwa Zhang Gaoli -- bekas naib perdana menteri negara itu -- telah memaksanya untuk mengadakan hubungan seksual.
BACA: Bintang tenis China, Peng Shuai dakwa dipaksa adakan hubungan seks
Pengerusi Persatuan Tenis Wanita (WTA), Steve Simon, sebelum ini mempersoalkan mengenai satu email yang diterimanya daripada media China, yang didakwa ditulis oleh Peng dengan memaklumkan bahawa dia berada dalam keadaan selamat dan sedang berehat di rumahnya.
BACA: Pengerusi WTA lebih gusar selepas terima e-mel Peng Shuai
Kini, juara 23 kali kejohanan grand slam, Williams, turut menyuarakan kebimbangannya mengenai nasib rakan pemain tenisnya itu.
"Saya amat sedih dan terkejut untuk mendengar mengenai rakan saya, Peng Shuai," tulis Williams dalam satu kenyataan.
"Saya harap dia berada dalam keadaan selamat dan akan ditemui secepat mungkin.
"Perkara ini perlu disiasat dan kita tidak boleh berdiam diri."
Bekas pemain nombor satu dunia itu turut berkata bahawa dia mengirimkan kasih sayangnya buat keluarga Peng dalam melalui waktu sukar ini sambil menambah tanda pagar #whereispengshuai (#dimanapengshuai).
Astro Arena
Fri Nov 19 2021
Peng dikatakan tidak ditemui sejak mendedahkan mengenai serangan seksual yang dialaminya. - Astro ARENA
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
Terbuka AS: Coco Gauff ulangi pencapaian Serena Williams
Pemain berusia 19 tahun itu hanya tercicir dua mata ketika menewaskan Jelena Ostapenko 6-0, 6-2 dalam pertemuan di Stadium Arthur Ashe.
'Selamat datang bidadariku' - Serena
Serena Williams timang cahaya mata kedua, seorang bayi perempuan bernama Adira River Ohanian.
Tenis Wimbledon: Novak Djokovic hampiri rekod kemenangan dua legenda
Novak menjadi pemain ketiga dalam sejarah di samping Roger Federer dan Serena Williams yang mencatatkan 350 kemenangan perlawanan dalam grand slam.
Serena Williams umum hamil anak kedua
Juara Grand Slam 23 kali itu berkata kepada media bahawa "tiga orang" hadir di karpet merah ketika tiba bersama suaminya, Alexis Ohanian.
Serena beri bayangan belum sedia gantung raket
Sebaliknya, pemain berusia 41 tahun itu menegaskan peluang untuk kembali semula ke gelanggang tenis sangat tinggi.
Saya tidak rasa Serena Williams pernah kagumi saya - Legenda tenis, Margaret Court
Legenda tenis Australia, Margaret Court tidak percaya Serena Williams pernah 'mengagumi' dia dan mendakwa permainan di era moden ketika ini jauh lebih mudah.
Tenis Terbuka AS: Serena Williams tinggalkan gelanggang dengan penuh emosi
Serena Williams beremosi dalam wawancaranya selepas tewas kepada Ajla Tomljanovic dalam pusingan ketiga Terbuka Amerika Syarikat (AS).
Terbuka AS: Serena, Venus terima tiket wildcard acara beregu
Serena berdepan Danka Kovinic pada pusingan satu manakala Venus memulakan kempennya menentang Alison van Uytvanck.
Serena Williams beri bayangan bersara dari dunia tenis
Khabar berkenaan nyata menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan pemerhati, peminat dan jaguh sukan itu.
Wimbledon: Cabaran getir menanti Williams - Pliskova
Williams tidak membuat penampilan sejak mengalami penyingkiran pusingan pertama tahun lalu.