SOUTHAMPTON menewaskan Newcastle United 2-0 awal pagi tadi untuk melonjak ke puncak Liga Perdana Inggeris (EPL) buat pertama kali dalam sejarah mereka.

Che Adams dan Stuart Armstrong meledak gol dalam kedua-dua separuh masa di Stadium St Mary untuk memastikan kemenangan buat skuad kendalian Ralph Hasenhuttl.

Kemenangan tersebut -- yang kelima buat Southampton dalam lapan perlawanan musim ini -- menyaksikan mereka melintasi Liverpool dengan perbezaan jaringan.

Ini adalah pertama kalinya The Saints berada di puncak liga selepas kali terakhir pada September 1988.


"Sungguh menakjubkan apa yang dilakukan oleh pasukan saya," kata Hasenhuttl kepada Sky Sports. "Tahniah kepada semua pemain dan pasukan. Sungguh mengagumkan.

"Semua orang berada di tahap tertinggi. Agak menakutkan apa yang kita lakukan pada masa ini untuk bersikap jujur tetapi tidak menghairankan apabila saya melihat apa yang sedang kita usahakan.

"Saya baru sahaja memberitahu kepada pemain di bilik persalinan bahawa kami banyak melabur dalam usaha ini. Kami banyak membuat langkah ke hadapan.

"Kami sekarang adalah pihak yang kuat. Itu bukan kebetulan."