KUALA LUMPUR: Standard bagi pemain seperti taraf Lee Zii Jia adalah sekurang-kurangnya menjejakkan kaki ke separuh akhir atau akhir mana-mana kejohanan yang disertainya, kata bekas pemain kebangsaan Datuk James Selvaraj.
Memandangkan perseorangan nombor dua dunia itu dianggap antara pemain handalan antarabangsa, Selvaraj berkata tersingkir pada pusingan awal adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.
Justeru, Selvaraj mengakui beliau kecewa apabila pemain profesional itu gagal melayakkan diri ke Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang bakal berlangsung di Bangkok, Thailand pada 7-11 Dis ini.
"Zii Jia sepatutnya beraksi pada Jelajah Dunia Akhir BWF tapi sayangnya beliau tidak dapat mencapai matlamat utama untuk berada di Bangkok.
"Beliau tidak boleh kalah pada pusingan pertama atau kedua, beliau mesti cuba untuk mencapai sekurang-kurangnya separuh akhir," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
Semalam Zii Jia ditundukkan 22-20, 15-21, 16-21 oleh pemain China, Lu Guang Zu dalam perlawanan 70 minit pada pusingan kedua Terbuka Australia 2022 di Quay Centre di Sydney.
Keputusan itu bermakna atlet berusia 24 tahun tersebut kekal pada kedudukan kesembilan dalam ranking Jelajah Dunia Akhir BWF dengan 54,930 mata, manakala Guang Zu meraih tangga kelapan dengan 56,310 mata.
Hanya perseorangan dan beregu dalam kedudukan lapan teratas layak ke kejohanan itu.
Daripada 12 kejohanan yang disertainya tahun ini, Zii Jia merangkul dua kejuaraan berturut-turut iaitu Kejohanan Badminton Asia di Manila dan Terbuka Thailand pada Mei, selain muncul naib juara Terbuka Denmark bulan lepas.
Beliau mara ke separuh akhir dalam tiga kejohanan, melangkah ke suku akhir sekali dan lima kali tersingkir awal termasuk ketika dikejutkan oleh Zhao Jun Peng dari China, 19-21, 21-11, 19-21 dalam pusingan ketiga Kejohanan Dunia di Tokyo pada Ogos.
SUKAN-BADMINTON (ZII JIA) 3 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Zii Jia juga mencetuskan kontroversi apabila meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menjadi pemain profesional awal tahun ini, sebelum memutuskan untuk tidak menyertai Sukan Komanwel Birmingham, Julai lepas.
Kini, setelah usai musim, Selvaraj menasihati Zii Jia supaya merangka semula perancangannya dengan membetulkan semua kesilapan yang menjadi punca persembahan tidak konsisten pemain dari Kedah itu sepanjang tahun ini.
"Beliau perlu memanfaatkan tempoh rehat ini untuk berbincang dengan pasukannya bagi mengenal pasti masalah sebenar dan menganalisis permainannya musim ini.
"Zii Jia ialah seorang pemain yang bagus, penting baginya untuk konsisten dan mengekalkan tahap permainannya sendiri selepas ini," kata bekas jurulatih berusia 71 tahun itu.
Selvaraj turut mengingatkan Zii Jia bahawa beliau boleh kehilangan penajaan jika sering kalah pada pusingan awal.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 18 2022
Selvaraj berkata, bagi pemain seperti Zii Jia, tersingkir pada pusingan awal adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. - Gambar fail
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran
Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan
Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China
Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China
Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP
Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis
Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
Badminton Masters Malaysia: Lee Zii Jia pilihan ke-8 kejohanan
Lee Zii Jia bakal menjadi pemain pilihan kelapan kejohanan Badminton Masters Malaysia dalam kategori perseorangan lelaki.
Piala Thomas: Zii Jia ikuti program latihan bersama Tat Meng
Perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia akan meneruskan program latihan yang telah dirancang oleh Pengarah Kejurulatihan TeamLZJ, Wong Tat Meng.
Sukan Olimpik: Malaysia secara tidak rasmi sudah ada 17 wakil ke Paris 2024
Kontinjen negara secara tidak rasmi kini telah memiliki 17 atlet yang akan bersaing dalam Sukan Olimpik Paris 2024 pada Julai depan.
Isu pampasan: Patriotisme perlu atasi perkara lain
Menurutnya, keputusan BAM memperlihatkan betapa terdesaknya badan induk itu untuk mendapatkan khidmat pemain berkenaan.
Zii Jia sertai skuad negara ke Piala Thomas 2024
Selain Zii Jia, turut tersenarai pemain di ranking ke-18 Ng Tze Yong yang mendapat pelepasan sementara oleh pasukan perubatan untuk beraksi dalam kejohanan berpasukan berprestij itu.
Piala Thomas: Status penyertaan Zii Jia terjawab esok - Rexy
Teka teki di sebalik penyertaan pemain profesional negara Lee Zii Jia, ke dalam skuad Piala Thomas 2024 di Chengdu, China, bakal diketahui esok.
BAC 2024: Zii Jia ke suku akhir
Jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia menepati ramalan mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024, selepas mengetepikan cabaran wakil Taiwan Chou Tien Chen hari ini.
Zii Jia ketuai kemaraan pemain negara di BAC 2024
Jaguh perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia mengetuai kemaraan Malaysia melepasi halangan di pusingan pertama Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China hari ini.
Zii Jia cari semangat Manila 2022 di Ningbo 2024
Lee Zii Jia tekad memastikan momentum beliau kembali berada pada tahap terbaik dalam Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2024 di Ningbo, China.
Zii Jia belum pasti beraksi di Piala Thomas 2024 - Rexy
Pemain lelaki profesional negara Lee Zii Jia masih belum pasti beraksi di Piala Thomas 2024 susulan Team LZJ sedang merangka perancangan terbaik.