LIONEL Messi atau Kylian Mbappe, yang mana akan dinobatkan sebagai pemain terbaik Piala Dunia 2022?

Kami telah bertanyakan kepada anda di pelbagai platform Astro AWANI, sejak 12 tengah malam tadi, kami kemukakan soalan berikut:

Siapa bakal jadi pemain terbaik piala dunia 2022?

Tiga pilihan jawapan kami berikan iaitu Lionel Messi, Kylian Mbappe, dan 'tidak kisah'.

Setakat jam 2.22 petang tadi, daripada 195 responden #SuaraMalaysia ini, sebanyak 59 peratus memilih Lionel Messi.

Manakala sebanyak 28 peratus memilih Kylian Mbappe dan selebihnya 13 peratus 'tidak kisah'.

Sejak 17 Oktober lalu, Astro AWANI menyediakan soalan berbentuk kaji selidik buat seluruh rakyat Malaysia.

Kaji selidik itu kami bincangkan menerusi diskusi bersama penganalisis, dan badan-badan bukan kerajaan.

Soalan baharu akan dikemukakan bermula Buletin AWANI jam 12 tengah malam, dan keputusan akan dikongsi pada keesokan harinya.