ZLATAN Ibrahimovic percaya ia sememangnya "sudah tertulis" bahawa Lionel Messi akan memenangi Piala Dunia bersama Argentina.

Messi mencetuskan pengaruh besar dalam perjalanan Argentina ke final Piala Dunia di Qatar, Ahad ini, apabila bakal bertemu pemenang di antara Perancis dan Maghribi yang bakal berhitung dalam satu lagi perlawanan separuh akhir, awal pagi esok.

Sekiranya Messi menjulang trofi antarabangsa paling berprestij itu di samping negaranya, ia akan meningkatkan lagi statusnya sebagai pemain legenda terhebat yang pernah dilahirkan.

PIALA DUNIA 2022 

Pemain veteran Milan, Ibrahimovic, menganggap bekas rakan sepasukannya di Barcelona itu berpeluang meraih trofi berkenaan.

“Saya rasa sudah tertulis siapa yang akan menang dan anda tahu siapa yang saya maksudkan,” katanya.

"Saya rasa Messi akan menjulang trofi, ia sudah tertulis." -Stadium Astro