Jaguh berbasikal trek kebangsaan Azizulhasni Awang buat lagi!

Berjaya memintas pelumba Jepun, Tomohiro Fukaya, dalam kedua-dua pusingan di Velodrom Antarabangsa Jakarta petang tadi, Azizulhasni atau turut dikenali sebagai 'The Pocket Rocketman' itu meneruskan kayuhan bertenaganya untuk meraih pingat emas kelima negara.

Ia merupakan pingat peribadi kedua diraih Mohd Azizulhasni yang memenangi pingat perak bersama dua pelumba negara yang lain iaitu Muhammad Shah Firdaus Sahrom dan Muhammad Fadhil Mohd Zonis dalam acara pecut berpasukan pada hari pembukaan berbasikal trek, Isnin lepas.

Pertaruhan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik Rio 2016 itu untuk meraih pingat emas keenam buat negara berbaki dalam satu acara keirin yang akan berlangsung di velodrome yang sama malam ini.