AKHIRNYA! Beregu utama wanita negara Pearly Tan-M.Thinaah berjaya membutirkan satu lagi pingat emas selepas menewaskan pasukan tuan rumah dalam pusingan akhir acara badminton beregu wanita Sukan Komanwel Birmingham 2022 sebentar tadi.

Emas yang paling dinanti-nantikan rakyat Malaysia itu disumbangkan selepas beregu nombor 11 dunia itu menewaskan Chloe Birch-Lauren Smith 21-5, 21-8 dalam aksi yang cukup tenang.

Perlawanan yang berlangsung tidak sampai 30 minit itu menjanjikan pingat emas yang ketujuh buat Malaysia.

Ini merupakan perlawanan kedua yang menjadi sasaran pingat emas buat hari terakhir Sukan Komanwel Birmingham 2022 selepas perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong turut melayakkan diri ke pusingan akhir.

Bagaimanapun, atlet berusia 22 tahun itu terpaksa akur dengan pingat perak selepas ditewaskan pemain dari India, Lakshya Sen dengan kutipan mata 19-21, 21-9, 21-16.

Majllis penutup Sukan Komanwel 2022 akan diadakan di Stadium Alexander, bermula 8 malam waktu tempatan atau 3 pagi (Selasa) waktu Malaysia.