Sukan SEA: Dhabitah-Wendy sumbang emas ke-10 negara

Astro Arena
Jun 8, 2015 10:00 MYT
Pingat ke-10 negara yang merupakan emas ketujuh negara di kolam renang dimenangi apabila pasangan pilihan itu mengumpul mata keseluruhan berjumlah 292.6. - Foto Astro Arena

Skuad terjun negara terus mengekalkan rentak cemerlang di Sukan Sea ke-28 selepas pasangan Nur Dhabitah Sabri dan Wendy Ng meraih emas dalam acara 3 meter papan anjal seirama wanita di pusat Akuatic OCBC di sini.

Pingat ke-10 negara yang merupakan emas ketujuh negara di kolam renang dimenangi apabila pasangan pilihan itu mengumpul mata keseluruhan berjumlah 292.6.

Atlet tuan rumah, Fong Kay Yian dan Ashlee Yi terpaksa berpuas hati dengan perak selepas mengumpul 242.94 mata.

Pingat gangsa menjadi milik penerjun Vietnam, Thanh Thuy Huong-Phuong Mai Ngo dengan catatan 227.94 mata.

#akuatik #Nur Dhabitah Sabri #Singapura #Sukan SEA #terjun #wendy ng