KUALA LUMPUR : Atlet terjun lelaki negara, Ooi Tze Liang menjadi individu yang menyumbang pingat emas ketiga buat negara selepas mempamerkan aksi cemerlang bagi acara 1 meter papan anjal individu.

Pencapaian Tze Liang di Sukan SEA Hanoi itu juga merupakan emas keduanya pada acara kali ini selepas tampil unggul pada acara 3-meter papan anjal seirama hasil gandingan bersama Chew Yi Wei, pada Ahad.

Semalam, Nur Dhabitah Sabri merupakan individu yang menyumbang emas pertama buat kontinjen negara selepas mendahului acara 1 meter papan anjal individu wanita.

Emas kedua negara telah berjaya disumbang oleh gandingan Chew Yi Wei dan Ooi Tze Liang.

Mereka memperoleh emas dalam acara terjun tiga meter papan anjal seirama lelaki, sekaligus mempertahankan gelaran juara dalam acara tersebut.