Ketua jurulatih Felda United, K. Devan kecewa skuad kendaliannya melepaskan banyak peluang dalam pertemuan dengan T-Team dalam persaingan Liga Super.

Atas sebab itu juga, pasukan Felda sekali lagi gagal mengutip mata penuh.

Lebih malang buat Felda, ia merupakan keputusan seri yang keempat diraih sepanjang musim ini.

Sementara itu, ketua jurulatih T-Team, Peter Butler lega pasukannya dapat mencuri satu mata selepas ditenggelami dengan asakan Felda.

Turut menjadi perhatian, aksi tonggak import The Titans, Caleb Folan.

Namun Butler tidak mahu menyalahkan bekas pemain Birmingham City itu yang masih tumpul di bahagian serangan.

Keputusan itu menyaksikan T-Team menghuni tangga kesembilan liga selepas mengumpul tujuh mata daripada tujuh perlawanan.