Tendang pengadil: Selangor FC tamatkan khidmat Yazan Al-Arab

Astro Arena
Oktober 4, 2023 22:30 MYT
Yazan telah melakukan 35 penampilan bersama Gergasi Merah dan menjaringkan satu gol dalam saingan Liga Super 2023. - Foto Astro ARENA
SUSULAN insiden membabitkan pertahanan import Selangor FC, Yazan Al-Arab, yang didapati menendang pengadil dalam suku akhir kedua Piala Malaysia menentang Terengganu FC pada hujung bulan lalu, kelab berkenaan mengumumkan bahawa kontrak pemain kebangsaan Jordan itu ditamatkan serta-merta.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Selangor FC berkata mereka telah menjalankan satu prosiding tatatertib melibatkan insiden berkenaan sebelum keputusan itu dibuat.
Menerusi video dan gambar yang ditularkan di laman-laman sosial, Yazan didapati menendang pengadil, Hasrol Amir, selepas dilayangkan kad merah dalam aksi berkenaan.
BACA: Tendang pengadil, Yazan minta maaf
BACA: 'Pemain kena profesional'
BACA: Tendang pengadil: Selangor FC mungkin terlepas khidmat Yazan
Sebagai rekod, Yazan telah melakukan 35 penampilan bersama Gergasi Merah dan menjaringkan satu gol dalam saingan Liga Super 2023.
#Selangor FC #Yazan Al-Arab #tendang pengadil #kontrak ditamatkan