Terbuka India: Wei Chong-Kai Wun 'bungkus' awal

Bernama
Januari 16, 2024 16:21 MYT
Beregu negara yang berada di ranking ke-18 dunia tewas 21-16, 15-21, 13-21. - Gambar Bernama
NEW DELHI: Beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun ditunjukkan jalan keluar seawal pusingan pertama oleh ketujuh dunia dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto pada saingan kejohanan badminton Terbuka India di sini, pada Selasa.
Beregu negara yang berada di ranking ke-18 dunia tewas 21-16, 15-21, 13-21.
Sementara itu, beregu wanita negara, Vivian Hoo-Lim Chiew Sien, bangkit daripada ketinggalan set pertama untuk menewaskan pasangan Amerika, Syarikat, Annie Xu-Kerry Xu 11-21, 21-17, 21-13.
Pada pusingan kedua esok, Vivian-Chiew Sien akan berdepan beregu Hong Kong, Yeung Nga Ting-Yeung Pui Lam yang mudah mengalahkan wakil tuan rumah, Rutaparna Panda-Swetaparna Panda 21-6, 21-7.
Dalam pada itu, beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie dengan mudah melepasi halangan pertama aoabila menewaskan gandingan Perancis,Thom Gicquel-Delphine Delrue 21-12, 21-15.
Soon Huat-Shevon bakal menentang pemenang perlawanan antara wakil China, Cheng Xing-Zhang Chi dan Reginald Lee-Ng Tsz Yau dari Hong Kong.
-- BERNAMA
#beregu campuran #Terbuka India #pusingan kedua #set pertama